Sabtu, 31 Disember 2011

Beginilah Cara Bayi Dalam Kandungan Digugurkan

     

Allah..

Menitis air mata melihat gambar ini....

Kesian bayi tu, tak berdosa pun...
sampainya hati mereka yang sanggup melakukan...

Sebagaimana teganya mereka melakukan zina, tentulah tega juga untuk mereka melakukan perbuatan yang lebih terkutuk dari itu...Menambahkan lagi tompok-tompok hitam dalam hati, menimbunkan lagi dosa-dosa yang menggunung tinggi...!

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu keslahan yang sangat besar." [al-Israa'17:31]

"Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar, dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan ahli warisannya berkuasa meuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum syarak)." [17:33]

Yang ini baru pengguguran, belum campur lagi kes pembuangan bayi, dan siri-siri pembunuhan bayi yang lain...hurmmmm..

P/S: Jauhilah zina

Sumber Asal:http://www.sunahsukasakura.com/2011/10/cara-cara-untuk-menggugurkan-bayi.html

 

http://rostinimajin.blogspot.com

Isnin, 12 Disember 2011

akhirnya..

hari ini adalah hari yang sangat bermakna bagi aku...bukan ada peristiwa pun..ala bagi aku ianya tetap bermakna...
ooo yea...setelah sekian lama aku memegang jawatan surirumah hari ini jawatan aku telah bertambah...hehehe....aku pun punya cita-cita...aku tidak pernah putus berdoa...padaMu ya Allah...hanya Engkau yang tahu selama ini...kini aku sangat bersyukur dengan rezeki yang Engkau berikan...


kepada suami tercinta...terima kasih dengan restumu kerana engkau memberi keizinan kepadaku untuk sama-sama mencari rezeki di muka bumi ini...thanks a lot sayang,,,pergorbanan dan kepercayaan yang engkau berikan tidak akan aku sia-siakan...


buat anak-anak ku....hehehe...mereka mula memahami tugasku...kini mereka mempunyai seorang ibu yang bekerjaya seperti ibu-ibu yang lain..."anak-anakku..ibu tak kemana..ibu cuma nak pergi kerja...ibu tolong ayah cari duit..nanti kalau ibu dah dapat duit, ibu masukkan dalam bank kakak ngan adik yea..pastu sampai besar senang la kakak ngan adik nak gi sekolah yang lebih baik..ok.."...kakak pula siap nak minta belikan kereta pula...hehehe...lagipun masa kerja aku sangat sesuai...aku sempat nak uruskan anak-anak...bagi mandi, makan n pakai semuanya...

ok la nanti kita jumpa di episod akan datang yea....bye...

http://rostinimajin.blogspot.com

Ahad, 6 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

assalammualaikum wbt semua...
tahun ni aku beraya di Labuan jak dengan anak-anak dan suami tersayang...
almaklumlah...cuti pun tak panjang....kewangan pun tak menizinkan kami sekeluarga beraya di luar Labuan..hehehe..

ooo ya....tahun ni agak seronok gak la...sebab anak-anak dah besar...kerja dapur pun ada orang nak tolong...ala, buat ala kadar jak ikut kemampuan...

emmmm menu?....aku masak rendang ayam, ketupat Nona gitu..hehehe...sambal tumis ikan bilis....kuah kacang...boleh la kan..ada gak rasa suasana hari raya...

so kepada teman-teman blog ku Selamat Hari Raya Aidiladha (qurban)...

http://rostinimajin.blogspot.com

Rabu, 14 September 2011

Solat Dhuha, Doa dan cara melaksanakan



Ruang waktu dan waktu afdal 
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya 
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


 
 
  
* Coretanku


Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…

Ahad, 4 September 2011



1 hari sebelum hari raya.....kak Idah & abang Usop sibuk memasak rendang untuk jamuan berbuka puasa yang terakhir untuk tahun ini....terima kasih untuk semua yea...


hehehe....ni la gambar aku sekeluarga...lengkap...syukur alhamdulillah...hanya Allah SWT yang maha mengetahui perasaan ini...tapi time ni anak lelaki ku pula yang beragam...almaklumlah awal sangat dikejutkan di pagi raya...

http://rostinimajin.blogspot.com

Khamis, 18 Ogos 2011

4 tahun 4 bulan

Selamat pagi sayang.....hari ni hari khamis rupanya...alamak...aku terlupa la kejap pasal anak kesayanganku hari ni...selalunya aku yang dulu bagi ucapan ulangtahun ni...tapi kali ni ayahnya yang dulu bagi ucapan...

Selamat Ulangtahun bulan kelahiran sayang buat Nurul fadhilah yang ke 4 tahun 4 bulan...hehehe...tak terasa melihat pembesaran anak di depan mata....Ya Allah, Engkau perluaskanlah rezeki untuk anakku ini di dunia dan akhirat....amin..

http://rostinimajin.blogspot.com

Khamis, 11 Ogos 2011

1 tahun 8 bulan

Hari ni genap la umur anak ku si Muhammad danish 1 tahun 8 bulan....

perangai pun dah makin menjadi-jadi...Alhamdulillah...Allah sentiasa memberi kesihatan yang sempurna buat anak ku ini...aku doakan semoga anakku ini akan menjadi insan yang berguna kepada bangsanya, agamanya dan negaranya...Insya Allah...

http://rostinimajin.blogspot.com

Isnin, 25 Julai 2011

myMetro | Emosi ibu bapa pengaruhi anak

DEKATI MEREKA...kanak-kanak tidak pandai menggambar emosi tetapi ia jelas melalui riak wajah mereka.
DEKATI MEREKA...kanak-kanak tidak pandai menggambar emosi tetapi ia jelas melalui riak wajah mereka.
BIMBING...kekerapan bersama anak akan memupuk pembesaran yang sihat.
BIMBING...kekerapan bersama anak akan memupuk pembesaran yang sihat.

APABILA tersiar berita wanita Malaysia menduduki tangga ke-16 paling tertekan di dunia, sana sini orang membincangkan isu berkenaan.

Tetapi tahukah kanak-kanak juga mengalami tekanan terutama jika ibu bapa kurang memberi perhatian kepada mereka?

Mungkin ramai ibu bapa tidak sedar bahawa masa yang mereka luangkan untuk anak-anak sebenarnya sangat singkat. Mungkin juga ada ibu bapa kurang bersetuju dengan kenyataan ini, tetapi cuba renungkan, berapa lama masa yang anda luangkan untuk benar-benar bercakap dengan anak?

Adakah kemungkinan masa yang anda peruntukkan bersolek dan menggayakan pakaian

di depan cermin atau bersembang dengan kawan di kedai kopi lebih lama berbanding anda bercakap dengan anak-anak?


Mungkin ada yang menggelengkan kepala menandakan tidak. Jika difikir logik, memang tidak mungkin kita menghabiskan masa untuk diri sendiri lebih lama daripada bersama anak-anak namun inilah hakikatnya.

Malah, ada ibu bapa tidak tahu mengenai pengalaman baru yang dilalui di sekolah atau pusat penjagaan kanak-kanak.

Dalam satu kajian pada 1989 hingga 1990 mendapati purata masa yang diluangkan bapa di Australia untuk bercakap dengan anak hanyalah 10 minit.

Jangan geleng kepala dulu kerana dalam kajian ke atas 10,000 ibu bapa termasuk
di Malaysia pada 1990 hingga 1992, masa yang diluangkan ibu (suri rumah) untuk benar-benar bercakap dengan anak hanyalah lima minit sehari manakala masa yang diambil oleh bapa di Malaysia hanyalah dua minit sehari! Ibu bekerja meluangkan masa lebih lama untuk bercakap dengan anak-anak iaitu lapan minit - mungkin ini disebabkan kesedaran memperuntukkan masa berkualiti bersama anak.

Menurut Perunding Psikologi Klinikal, Paul Jambunathan, tanpa disedari ramai ibu bapa ‘merelakan’ anak mereka membesar dengan pembantu rumah.

Tanpa disedari juga, kebanyakan pembantu rumah yang menjadi ‘dunia’ kepada anak-anak kita lebih memahami emosi mereka.

“Kanak-kanak juga ada banyak emosi, sama seperti orang dewasa. Kanak-kanak yang kurang kasih sayang akan menjadi individu dewasa yang kurang normal hidupnya.

“Mereka akan cepat putus asa, tidak dapat memberikan sentuhan yang mententeramkan kepada pasangan atau anak-anak mereka kelak.

“Kanak-kanak akan sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan perhatian ibu bapa. Mereka mahukan belaian, pelukan, kasih sayang dan pujian daripada ibu bapa. Apa yang membimbangkan ialah apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan daripada kekosongan jiwa anak-anak ini dengan mencabul mereka. Mereka memberikan ‘sentuhan kasih sayang’ dalam cara yang salah.

“Malah, jika sebarang kejadian tidak elok berlaku termasuk pergaduhan antara emak dan ayah, anak-anak terutama yang masih kecil akan menyalahkan diri sendiri kerana beranggapan merekalah punca masalah berkenaan,” katanya dalam Forum Kanak-kanak 2011 anjuran bersama Pertubuhan Kanak-kanak Bersatu Malaysia (Uncom) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Kanak-kanak tidak pandai menggambarkan emosi mereka dengan kata-kata, tetapi ia boleh dilihat dengan jelas melalui perubahan riak muka dan perlakuan.

Namun jika ibu bapa tidak rapat dengan anak, mereka mungkin tidak dapat mengesan perubahan ini.

Sudahlah kurang memahami emosi anak, apabila diminta menyenaraikan keadaan emosi - kebanyakan ibu bapa memberikan emosi yang negatif.

Inilah sebabnya yang selalu membuatkan kita berfikiran negatif sehingga terbawa-bawa apabila bercakap dengan anak.


Emosi dan proses pembelajaran

“KANAK-kanak yang ceria dan gembira boleh belajar dengan lebih baik, sebaliknya kanak-kanak yang selalu dalam keadaan sedih kurang menunjukkan minat untuk belajar. Malah, komunikasi mereka juga akan bersifat negatif.

“Emosi ibu bapa akan mempengaruhi anak-anak. Inilah sebabnya ibu bapa perlu bijak mengawal emosi mereka ketika bersama anak.

“Jika emosi anda negatif, anak-anak akan merasa kesannya. Secara tidak langsung mereka juga akan berasa tidak seronok walaupun ibu bapa ada bersama,” katanya.

Dalam kajiannya pada 1992 hingga 1992, Jambunathan mendapati kanak-kanak belajar perbendaharaan emosi atau perkataan yang menerangkan emosi melalui pengalaman.

Ini bermakna ibu bapa perlu memberitahu perkataan yang betul bagi setiap keadaan emosi seperti seronok, gembira, suka, sedih atau hampa.

“Jika tidak diajar, anak-anak tidak pandai untuk luahkan emosi atau perasaan mereka.

“Kanak-kanak yang tidak dapat melahirkan perasaan mereka dengan baik tidak membesar dengan sempurna,” katanya.

Memberi peluang anak bercakap dalam perbualan keluarga sebenarnya boleh membantu meningkatkan kemahiran mereka berkomunikasi.

Kajian penyelidik ke atas 150 kanak-kanak di bawah Program Penyelidikan Pendidikan Majlis Belanda selama beberapa tahun mendapati mereka dapat menjawab soalan yang diajukan guru dalam kelas dan mampu mematuhi arahan dengan baik.

Peluang bercakap setiap hari (atau hampir setiap hari) secara serius dengan bapa sebenarnya menggembirakan anak-anak. Remaja Britain memberikan diri sendiri skor 87 peratus dalam skala kegembiraan berbanding hanya 79 peratus di kalangan remaja yang jarang bercakap dengan bapa mereka.

Inilah penemuan daripada soal selidik isi rumah rakyat Britain ke atas 1,200 remaja berumur 11 hingga 15 tahun yang dijalankan Universiti York. Ia mendapati hampir separuh responden (46 peratus) berkata sangat jarang bercakap dengan bapa mengenai perkara penting. Kurang daripada 31 peratus responden bercakap dengan ibu hampir setiap hari tetapi hanya 13 peratus yang meluahkan masalah mereka kepada bapa.

Kekerapan bercakap dengan bapa terutama membabitkan perkara penting semakin kurang apabila remaja meningkat dewasa. Data menunjukkan di kalangan kanak-kanak 11 tahun, 42 peratus bercakap lebih sekali seminggu dengan bapa berbanding hanya 16 peratus di kalangan remaja berusia 15 tahun. Keputusan ini lebih kurang sama dengan kajian terdahulu.

Malah, ada penyelidik berpendapat bagi kanak-kanak sekolah rendah, ibu bapa menjadi ‘aset’ terbesar sepanjang waktu persekolahan.

Ini kerana pencapaian akademik anak mempunyai kaitan rapat dengan pembabitan ibu bapa dalam aktiviti sekolah.

Pembabitan ini bukan sekadar membantu anak menyiapkan kerja sekolah, malah menjadi sukarelawan dalam sebarang aktiviti sekolah juga didapati mampu meningkatkan keyakinan dan pencapaian anak dalam pelajaran.


Keselamatan kanak-kanak di rumah

KESELAMATAN di rumah juga sangat penting untuk menjinakkan hati anak-anak.
Gejala lepak berlaku kerana anak-anak berasa tidak selesa di rumah sendiri yang boleh disebabkan pelbagai faktor seperti keadaan rumah sempit, bising atau tekanan daripada ibu bapa.

“Anak-anak berasa selesa ketika melepak kerana mereka diterima oleh kawan. Mereka boleh berkelakuan mengikut kehendak sendiri berbanding ketika bersama ibu bapa. Inilah sebabnya ibu bapa perlu ‘buka telinga’ untuk anak, hanya dengan cara ini barulah kita akan nampak apa yang mereka inginkan,” katanya.

Ibu bapa juga perlu sentiasa mengawal emosi. Pamerkan emosi negatif (seperti marah) pada waktu dan individu yang sepatutnya. Contohnya jika anda marah pada seorang anak, usah babitkan anak yang lain dan pastikan dia tidak dimarah
di tempat awam atau di hadapan kawannya.

“Ibu bapa yang memukul anak biasanya tidak berfikir terlebih dulu. Jarang ibu bapa berhenti sejenak, berfikir dan berkata ‘Ayah/ibu marah dengan sikap awak (nama anak).’

Beri masa kepada diri sendiri untuk berfikir sebelum memukul anak.

“Biasanya anak akan faham dan jika diberi peluang (dengan menunjukkan perlakuan yang betul), mereka belajar untuk tidak mengulangi kesalahan sama.

“Ibu bapa di Malaysia akan marah apabila anak bertanya perkataan yang tidak elok maksudnya seperti bangsat atau perkataan lain yang ada unsur seks.

“Jangan marahkan anak, sebaliknya tanya dari mana mereka dengar perkataan itu kemudian cuba terangkan secara ringkas supaya mereka faham.

“Lebih baik jika anda dapat berikan contoh mengapa perkataan itu perlu dielakkan. Mereka sebenarnya dalam proses belajar dan ibu bapa perlu terima hakikat bahawa sebahagian besar perbendaharaan kata anak-anak datang daripada persekitaran,” katanya.

Selain itu, wujudkan suasana positif di rumah. Contohnya, apabila anak balik dari sekolah, jangan terus terpa telinga mereka dengan arahan tertentu seperti ‘masukkan stokin dalam bakul’ atau ‘susun kasut di rak’ kerana anak akan mendapat emosi negatif.

Alu-alukan kepulangan anak supaya dia berasa senang hati. Ini boleh dilakukan dengan memberi pujian atas kerelaannya ke sekolah, balik tepat masa dan tidak merayau sebelum balik ke rumah, kemudian barulah boleh memberikan arahan.


Bagaimana membantu anak anda menguasai perbendaharaan emosi:

  • Dengar apa yang anak hendak katakan
  • Tanya perasaannya setiap hari
  • Cuba dengar emosi yang tidak diucapkan dan bincangkan dengan anak
  • Hubungkan emosi anak dengan realiti dengan memberi contoh supaya dia faham
  • Bincang dengan anak semasa gembira atau duka
  • Kongsi atau luahkan perasaan anda pada anak


    Panduan berkomunikasi dengan anak

    CARA Nabi Muhammad s.a.w melayan anaknya sangat istimewa.

    Apabila puterinya, Fatimah Az-Zahra datang ke rumah, Rasulullah menyambutnya dengan bangun, memegang tangan, mencium dan memberikan tempat duduknya kepada Fatimah.

    Layanan seperti ini akan meninggalkan kenangan manis yang akan dikenang sepanjang hayat berbanding memberikan hadiah.

    Malah, ia juga akan membuatkan anak berasa lebih dihargai dan disayangi. Jadi anak-anak perempuan khususnya tidaklah mudah terpikat dengan pujian dan kata-kata manis lelaki lain.

    Masalah yang dihadapi kebanyakan bapa (khususnya) ialah tidak tahu apa yang perlu disembangkan dengan anak. Panduan di bawah mungkin boleh membantu anda:

    Pilih masa yang sesuai untuk bercakap dengan anak iaitu ketika dia berasa selesa. Sesetengah kanak-kanak tidak sabar hendak bercerita sebaik balik dari sekolah, ada yang boleh tunggu hingga malam ketika kedua-dua ibu bapa ada di rumah.

  • Jangan tanya soalan ‘Macam mana sekolah hari ini?’ kerana anda akan dapat jawapan seperti ‘ok’ atau ‘biasa saja.’

  • Sebaliknya tanya ‘Ada perkara menarik berlaku di sekolah hari ini?’

  • Tanya juga mengenai cerita kawannya. Bercerita mengenai orang lain lebih mudah daripada bercerita kisah diri sendiri.

  • Anda juga boleh mengimbas balik kisah lama dan minta anak bercerita mengenainya.

  • Bacakan buku cerita sebelum anak tidur pada waktu malam. Banyak kisah cendekiawan Islam yang boleh diceritakan dan ia secara tidak langsung dapat memperkenalkan anak dengan tokoh Islam terbilang. Cara ini secara tidak langsung akan menggalakkan interaksi antara bapa dan anak.

  • Amalkan solat berjemaah di rumah, jika ada halangan ke masjid. Minta anak yang lebih besar mengalunkan qamat. Anda juga boleh minta anak yang lain jadi ‘pengurus solat’ untuk membentangkan sejadah dan mengemasnya beramai-ramai selepas solat.

  • Jika anak sudah cukup besar dan pandai jaga kelakuan, bawalah anak ke masjid untuk solat berjemaah atau sebarang aktiviti lain.

  • Minta pandangan anak dalam membuat keputusan mudah yang membabitkan urusan rumah tangga contohnya menu pada hujung minggu, barang keperluan ataupun pembahagian tugas membersihkan rumah.

  • Luangkan masa untuk anak dan biar anak tahu anda sentiasa bersedia mendengar cerita atau ada masa untuk mereka. Jika anda lebih mementingkan perkara lain, dikhuatiri anak akan mengadu kepada orang lain, yang mungkin memberi pengaruh tidak elok kepada mereka.

  • Ramai ibu bapa tidak sedar mereka lebih banyak memberi arahan atau bercakap kepada anak, bukan dengan anak. Bercakap kepada anak bermakna bercakap satu hala (dari ibu ke anak), sedangkan apa yang perlu diamalkan ialah komunikasi dua hala.

    Namun menurut Jambunathan, jika anda tidak mampu mengawal perlakuan anak, dapatkan bantuan daripada doktor atau pakar psikiatri. Mereka akan bantu anda untuk mengenali sikap anak-anak kerana hampir 70 peratus suara anak-anak tersimpan dalam hati.


  • http://rostinimajin.blogspot.com

    Sabtu, 23 Julai 2011

    Hari mewarna

    Terujahnya aku melihat gelagat anak-anakku di pagi hari ini....awal pagi lagi kami sekeluarga dah bersiap-siap almaklumlah hari ini anak ku si Dhilah terlibat dalam pertandingan mewarna Kelab Nuri 2011....

    kira-kira jam 8 pagi aku daftarkan anak ku mengikut kategori umur...hehehe...daftar je dah dapat hadiah dah...macam-macam ada...sarapan pagi disediakan untuk anak yang mengambil bahagian, buku Kelab Nuri, pensil warna, baju T yang ada lambang Bank Rakyat  dan memang seronok la kelab Nuri ni...Tahun depan nak ikut lagi la.....

    sebelum acara bermula, semua anak-anak yang terlibat diminta bersenam beramai-ramai....waaaa....seronoknya....ada yang tak seronok...

    apa lagi anak ku pula menangis....biasala kan ni la pertama kali dia melibatkan diri bersama orang ramai...macam-macam perasaan dia kot...hehehe..tapi aku kan ada sebagai ibu dan pendorong tetapnya...kejap je perasaan takut tu...

    mewarna pun dah bermula...aku biarkan anak ku buat hal sendiri...aku jadi penonton je la sambil pemberi semangat kepadanya...



     

    ini la hasil dari tangan anak ku....biarpun tak menang namun bagi ku dia la pemenang sebab dia dapat melawan perasaan takutnya diawal-awal acara...tahniah anakku..

     apa kes pla gambar di atas ni???....
    emmm....syukur alhamdulillah...anak ku bertuah mendapat hamper melalui cabutan no bertuahnya iaitu no 250....tapi tengok la gelagat adiknya..hehehe...kakak yang dapat hadiah dia pun nak juga berebut...baik la time tu hamper tak terkoyak kalau tak malunya aku....isk isk isk....



    ok la, mudah-mudahan kita semua akan berjumpa tahun hadapan dalam program yang sama yea....bye jumpa lagi....
    http://rostinimajin.blogspot.com

    Khamis, 21 Julai 2011

    manusia, malaikat & syaitan



    Manusia - Eh, dah subuh dah?

    Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....

    Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

    ...



    Manusia - Nak makan, laparlah ??

    Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....

    Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..



    Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

    Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

    Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!



    Manusia - Alamak, dah lewat!

    Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....

    Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?



    Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..

    Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

    Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.



    Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...

    Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

    Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..



    Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

    Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..

    Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..



    Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

    Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..

    Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?



    Manusia - aku telah berdosa..

    Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .

    Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)



    Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

    Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....

    Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?



    Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

    Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...

    Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....tinggal aje solat tu time senang buatlaa....



    Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

    1... Anda - Patut ke aku biarkan teks ini tetap di sini..

    2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)

    3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 biar je disini..kalo boleh delete je..


    http://rostinimajin.blogspot.com

    Jumaat, 15 Julai 2011

    Anak bukan harta perkahwinan

    http://www.hmetro.com.my/articles/Anakbukanhartaperkahwinan/Article

    Adham (bukan nama sebenar), yang berusia sembilan tahun cuba menggantung dirinya selepas dimasukkan ke rumah anak yatim. Mujur tindakannya cepat disedari petugas di rumah berkenaan. Sebelum tindakan nekad itu, sudah tiga kali dia cuba melarikan diri tetapi belum sempat pergi jauh, dia ditemui dan dibawa semula ke rumah perlindungan berkenaan.
    Hanya selepas beberapa kali didesak, barulah Adham bercerita. Dia sebenarnya rasa bersalah kerana tidak dapat menunaikan janji untuk menjaga dua adik perempuannya apabila ibu bapanya bercerai. Malah yang membuatkan Adham rasa lebih bersalah, tertekan dan menderita, dia tidak tahu di mana kedua-dua adik kesayangannya berada.
    Katanya, ibu dan bapanya selalu bertengkar. Setiap kali bertengkar, bapanya menghentak kepala ibu ke dinding. Walaupun mereka bertengkar dalam bilik tetapi oleh kerana dinding pemisah bilik dibuat daripada papan lapis yang nipis, maka segala maki-hamun boleh didengar dengan jelas. Malah setiap kali bapanya marah, adik-adiknya juga akan dipukul sama.

    Jalan terakhir untuk menamatkan pergaduhan yang tidak berkesudahan itu, ibu bapanya bercerai. Malangnya baik ibu atau bapa, tiada yang mahu memikul tanggungjawab menjaga anak dan inilah yang menyebabkan tiga beradik itu terpisah.


    Adham tidak tahu ke mana hendak mengadu. Dia hilang kepercayaan pada orang dewasa. Apa yang menghantui fikiran Adham ialah rasa bersalah terhadap adik-adiknya kerana gagal mengotakan janji. Tekanan inilah yang menyebabkan dia nekad untuk membunuh diri.


    KISAH benar yang diceritakan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada penderitaan dialami anak-anak apabila rumah tangga porak peranda hingga berakhir dengan perceraian. Perasaan anak-anak akan jadi lebih pahit jika setiap hari mereka dihidangkan dengan perteng�karan, keganasan dan kata-kata kasar sebelum ibu bapa berpisah.

    Perasaan anak adalah aspek yang sering diketepikan atau sengaja tidak diendahkan ibu bapa apabila bercerai dan berbalah merebut anak. Dalam keadaan genting ini, kebanyakan pasangan hanya memikirkan perasaan sendiri terutama rasa marah dan benci pada bekas pasangan yang kadangkala membuatkan mereka terlupa untuk menyelami resah hati si anak.

    “Eh...penat saya mengandung sembilan bulan, bila bercerai takkan senang-senang hendak lepaskan anak pada orang, walaupun bekas suami sendiri. Saya yang mengandung dan melahirkannya. Saya tidak kira, saya tetap mahukan anak tinggal bersama saya,” kata Hanita (bukan nama sebenar) melepaskan geram tatkala bercerita kisah perebutan hak penjagaan dua anaknya dengan bekas suami yang sudah berlanjutan hampir setahun.

    Perbalahan berebut hak penjagaan anak adalah perkara biasa di kalangan pasangan bercerai. Dalam perbalahan ini, ibu bapa sering mengabaikan perasaan anak kerana dalam fasa ini, satu-satunya konsep yang ada dalam fikiran mereka hanyalah ‘saya, saya dan saya’ dan tetap mahu anak tinggal bersamanya walaupun tahu anak rapat dengan bekas pasangan.

    Malah bagi kes yang lebih ekstrem, ada ibu atau bapa meracuni fikiran anak supaya membenci bekas pasangan - dan semua ini dilakukan untuk menang dalam perebutan berkenaan tanpa menyedari anak menjadi mangsa kepada perasaan amarah anda. Bagi ibu bapa yang lebih nekad, mereka meminggirkan terus anak-anak daripada kehidupan mereka seperti yang berlaku pada Adham, tetapi kes sebegini mungkin tidak banyak berlaku.

    Perunding Psikiatri Kanak-kanak Hospital Kuala Lumpur, Dr Fauzi Ismail berkata, kemarahan yang tidak dikawal kepada bekas pasangan seperti memukul, menampar, melakukan perbuatan ganas atau menggunakan perkataan kasar (menghina, mencaci atau memberikan gelaran tertentu) ketika bergaduh boleh menyebabkan penderaan psikologi pada anak.

    “Anak akan berasa takut apabila mendengar ibu bapa bergaduh, apatah lagi jika mereka menggunakan bahasa yang kasar. Anak jadi keliru dan tertekan, malah
    ada yang mengalami gangguan mental teruk (psikosis) dan perlu mengambil ubat sepanjang hayat.

    “Saya pernah menerima kes kanak-kanak berumur 13 tahun mengalami psikosis akibat krisis rumah tangga yang tidak berkesudahan. Mungkin ramai ibu bapa tidak sedar, inilah hadiah terburuk yang anda berikan pada anak.

    “Anak bukan harta perkahwinan untuk direbutkan. Walaupun mereka masih kecil tetapi anak-anak tahu pergolakan yang berlaku dalam rumah tangga anda. Sebab itulah ibu bapa perlu berhati-hati supaya tidak bertengkar di depan atau meninggikan suara sehingga didengar anak-anak kerana ia akan memberi kesan negatif kepada emosi dan psikologi mereka.

    “Ada juga anak-anak yang sanggup mengorbankan �dirinya dengan melayani keinginan seksual bapa kerana mereka percaya jika berbuat demikian dapat menyelamatkan perkahwinan dan ‘memujuk’ ibu bapa tinggal bersama. Anak-anak kecil berasa merekalah yang bersalah sehingga menyebabkan ibu bapa mahu bercerai,” katanya dalam Forum Kanak-Kanak 2011 anjuran bersama Pertubuhan Kanak-kanak Bersatu Malaysia (Uncom) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

    Memang setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan hidup bahagia hingga akhir hayat. Namun tidak semua impian ini tertunai apabila catatan kes perceraian meningkat saban tahun. Kadar perceraian di negara kita agak tinggi dengan purata satu kes cerai berlaku dalam setiap 15 minit.

    Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2007 didapati 32.2 peratus perceraian berlaku dalam tempoh lima tahun pertama perkahwinan dan kadar ini menurun kepada 27.7 peratus bagi tempoh perkahwinan antara enam hingga 10 tahun. Ini bererti tempoh 10 tahun pertama adalah paling kritikal kerana 59.9 peratus pasangan berakhir dengan perceraian.

    Daripada kajian itu, Jakim mengenal pasti 200 faktor perceraian yang dipecahkan kepada 10 kategori utama iaitu tidak bertanggungjawab, kurang didikan agama, campur tangan pihak ketiga, perbezaan budaya, masalah seksual, ekonomi, kerjaya, kesihatan, akhlak dan sosial serta komunikasi.

    Banyak juga kes perceraian disebabkan faktor yang remeh-temeh seperti suami tidak beli makanan yang dipesan, balik lewat, terlupa masukkan gula dalam minuman, sikap kedekut dan berkira apabila membeli barang keperluan (termasuk susu anak), menggunakan bahasa kasar dan memanggil pasangan dengan nama memalukan, cemburu melihat pasangan masih menyimpan gambar atau barang pemberian bekas kekasih, campur tangan ibu bapa atau keluarga dan perlakuan seks yang tidak boleh diterima pasangan (ganas, kasar, lemah tenaga batin atau homoseksual iaitu berminat pada sama jantina).


    Kesan perceraian dan perebutan hak penjagaan pada anak-anak.

    Walaupun fikiran anda serabut dengan masalah rumah tangga dan diselubungi keinginan untuk bercerai, tetapi ibu bapa masih perlu cuba memahami perkembangan anak-anak.

    Bagi anak berusia tiga hingga lima tahun, makna perceraian pada mereka adalah perpisahan fizikal yang bersifat sementara. Dalam usia ini anak-anak percaya bahawa merekalah yang menyebabkan perubahan perlakuan ibu bapa. Dari segi emosi dan perlakuan, mereka berasa takut, prestasi merosot, berasa kecewa dan bersalah.

    Anak-anak yang berumur enam hingga 12 tahun sudah faham akan kesudahan perceraian dan kurang menyalahkan diri sendiri dengan perpisahan ibu bapa. Bagaimanapun, mereka tetap berasa seperti diketepikan, marah dengan ibu atau bapa yang tinggal bersamanya, merindui ibu atau bapa yang tidak tinggal bersamanya, berhadapan konflik sama ada mahu menyokong ibu atau bapa dan mungkin mengalami gejala kemurungan.

    Dulu perceraian dianggap krisis jangka pendek tetapi kini ia dikenal pasti punca tekanan yang berterusan terutama pada perkembangan anak-anak termasuk kemahiran berkomunikasi. Kanak-kanak yang terpisah daripada ibu bapa didapati mengalami peningkatan kemurungan dan gejala pada enam hingga 10 peratus kes dianggap cukup serius sehingga memerlukan rawatan.

    Oleh kerana biasanya hak penjagaan diberikan kepada ibu, kesan yang dialami kanak-kanak lelaki didapati lebih besar kerana mereka kehilangan tokoh bapa. Bagi anak perempuan yang tinggal bersama ibu pula akan sentiasa merindui kasih sayang ayahnya.

    “Anak perempuan yang �dahagakan kasih sayang dan perhatian ayah akan cepat �‘menyerah’ jika dapat perhatian lelaki. Ketika ini mereka sudah tidak kira latar belakang lelaki berkenaan kerana apa yang penting mereka dapat kasih sayang yang dicari selama ini. Inilah yang berlaku pada kebanyakan anak gadis kita hari ini. Kita selalu label�kan mereka sebagai remaja bermasalah sedangkan masalah itu sebenarnya datang daripada ibu bapa,” kata Dr Fauzi.

    Katanya, lebih 50 peratus pasangan yang berpisah terus menyimpan perasaan marah kepada bekas pasangan walaupun selepas bercerai. Kemarahan ini ada kemung�kinan disalurkan kepada anak (dengan mendera atau memukul mereka). Malah perasaan marah jugalah yang membuatkan pertikaian menuntut hak penjagaan anak berlanjutan beberapa bulan atau tahun.

    Sering kali juga perbalahan tuntutan hak penjagaan ini dikaitkan dengan sikap kasar (anak menyaksikan ibu bapa bersikap kasar terhadap satu sama lain) dan anak-anak dipaksa memihak salah seorang ibu atau bapa dan menyingkirkan sebelah pihak lagi yang membuatkan mereka berasa serba salah.

    “Apabila bercerai, ada banyak isu yang timbul seperti benci pada bekas pasangan, masih bergaduh walaupun sudah bercerai, pasangan berpindah, anak diracun supaya membenci bekas pasangan, tidak boleh tengok bekas pasangan atau pasangan baru bekas suami atau isteri mereka.

    “Anak-anak pula terkejut, rasa tidak selamat, tidak mahu menerima hakikat ibu bapa sudah bercerai, marah, sedih, kecewa, cemburu, bersalah, benci, kasihan pada diri sendiri, rasa penolakan, geram dan diabaikan yang semuanya menjurus kepada kemusnahan diri sendiri,” katanya.


    Menurut Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Datin Paduka Dr Zaleha �Kamaruddin, anak-anak akan menjadi mangsa apabila berlaku perceraian dan perebutan hak penjagaan anak. Bukan ibu bapa saja yang tertekan kerana anak-anak juga akan turut mengalami kesan perceraian dan dihantui pelbagai persoalan seperti:


  • Risau - Apa yang akan berlaku pada mereka? Siapa yang akan menjaga mereka? Di mana mereka akan tinggal? Adakah mereka masih boleh pergi ke sekolah? Adakah mereka berpeluang berjumpa ibu atau bapa lagi?

  • Marah - Mengapa ibu bapa asyik bertengkar? Me�ngapa mereka yang menerima ‘hukuman’ daripada perbalahan ibu bapa? Mengapa mereka tidak diberi peluang membuat keputusan (memandangkan ibu bapa tidak boleh capai kata sepakat)?

  • Bersalah - Adakah mereka menjadi punca perceraian? Anak akan berasa bersalah dan �menganggap mereka bertanggung jawab untuk ‘menyatukan’ kembali ibu bapa.

    Lebih membimbangkan jika anak-anak mengalami gangguan psikiatri seperti kebimbangan melampau (termasuklah gangguan kompulsif-obsesif - iaitu melakukan sesuatu perkara berulang kali kerana tidak yakin); kemuru�ngan dan psikosis (skizofrenia atau gangguan dwikutub - yang membuatkan emosi anak berubah-ubah).

    Selain itu, tekanan yang dialami akibat perceraian ibu bapa turut dizahirkan dalam perlakuan. Anak-anak akan menunjukkan perlakuan buruk seperti ponteng sekolah, membuli, melanggar peraturan, menipu, mencuri atau terbabit dalam aktiviti rempit. Prestasi di sekolah merosot dan ada kecenderungan terbabit dengan rokok, dadah atau alkohol. Malah ramai anak daripada keluarga porak peranda yang terbabit dengan aktiviti seksual pada usia muda.


    Perebutan hak penjagaan

    Ketiadaan persefahaman dan tolak ansur menjadikan kes tuntutan hak penjagaan anak semakin rumit dan mungkin berpanjangan. Oleh kerana anak boleh pilih sama ada hendak tinggal bersama ibu atau ayah, maka pelbagai taktik digunakan untuk �mengumpan anak supaya menang dalam perbicaraan hak penjagaan di mahkamah kelak.

    Ini termasuklah kerap membawa anak ke restoran makanan segera kegemarannya atau menawarkan wang ringgit sebagai pembiayaan persekolahan dan membeli pelbagai barang yang diingini supaya anak memihak kepadanya ketika perbicaraan di mahkamah.


    Timbalan Pengerusi Jawatankuasa undang-undang Keluarga Malaysia, Lalitha Menon berkata, secara umumnya ada tiga kaedah yang digunakan ibu atau bapa untuk mempengaruhi fikiran anak iaitu:

  • Cara lembut - �Dengan memberi input negatif mengenai bekas pasangan contohnya mengatakan ibu atau bapa adalah orang yang tidak berguna.

  • Cara sederhana - Ibu atau bapa yang tinggal bersama anak mula melahirkan rasa marah pada anak setiap kali anak menyebut mengenai bekas pasangan. Untuk itu, anak akan mengubah suai tindakannya untuk menggembirakan ibu atau bapa yang tinggal bersamanya.

    Anak tidak dibenarkan melahirkan perasaannya terhadap ibu atau bapa yang terpisah. Contohnya jika tinggal bersama ibu, anak berhati-hati setiap kali bercakap supaya tidak menyebut nama bapa di hadapan ibu.

  • Cara teruk - Ibu atau bapa yang tinggal bersama anak berusaha memutuskan hubungan anak dengan bekas pasangan. Contohnya, tidak mengizinkan anak keluar berjumpa ibu atau bapanya walaupun diberi hak lawatan selain meracun fikiran anak dengan pelbagai cerita negatif mengenai bekas pasangan. Keadaan ini lama kelamaan boleh menimbulkan perasaan benci anak kepada ibu atau bapa yang tidak tinggal bersamanya.

  • Ada juga kes ibu atau bapa yang tinggal bersama anak sengaja mengadakan aktiviti khas untuk anak (seperti menghantar anak ke kelas tambahan) pada hari yang dibenarkan berjumpa bekas pasangan. Ada juga kes di mana sesi pertemuan dengan anak turut dihadiri semua anggota keluarga bekas pasangan sebagai ‘pemerhati’ sehingga menimbulkan rasa tidak selesa pada ibu atau bapa yang diberi hak lawatan,” katanya.

    Perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak di mahkamah juga sedikit sebanyak boleh mendatangkan trauma pada kanak-kanak. Keadaan setiap kanak-kanak berbeza mengikut umur dan kesengsaraan yang dialami sepanjang perbalahan sehingga membawa kepada perceraian.

    Kajian mendapati perbalahan tuntutan hak penjagaan anak ini memberi kesan negatif pada perkembangan mental anak. Ada kanak-kanak yang menjadi pendiam atau hanya bercakap dengan orang tertentu saja.

    Dr Zaleha berkata, dalam sistem perundangan negara kita, kanak-kanak tiada ruang untuk bersuara dan lebih menyedihkan, undang-undang yang membabitkan kanak-kanak tidak berubah sejak 35 tahun lalu.

    Justeru sebab itulah ada banyak kes hak penjagaan anak diberikan kepada ibu atau bapa yang ‘kurang layak’. Namun ada satu yang perlu dipuji iaitu apabila konsep hak penjagaan bersama diperkenalkan kerana ia dilihat sebagai langkah terbaik untuk menjaga kebajikan anak-anak.

    “Anak bukan penyebab perceraian, mereka tidak akan ada tanpa perkahwinan. Anak-anak terperangkap di tengah apabila ibu bapa bergaduh. Apabila bercerai, kita menceraikan atau membuang pasangan saja, bukan anak. Anak perlukan kedua-dua ibu dan bapa. Jadi ibu bapa kena capai persetujuan macam mana hendak hidup, hubungan dengan pihak yang satu lagi.

    “Pasangan yang hendak bercerai hendaklah pertimbang�kan perasaan dan kebajikan anak. Mereka ada hak mendapat ‘ruang untuk diri sendiri’ dan rasa hormat daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu dengar dan hormat pandangan mereka. Apabila ibu bapa bercerai, anak rasa tidak selamat dan kita tidak boleh anggap anak akan menjadi matang jika setiap hari mereka lihat ibu bapa bergaduh,” katanya.


    Dalam perebutan ini, ibu bapa perlu sentiasa ingat bahawa:

  • Anak-anak bukan harta perkahwinan

  • Tiada pihak yang menang atau kalah dalam tuntutan hak penjagaan anak kerana tidak kira siapapun yang ‘menang’, anak tetap jadi mangsa perceraian.

  • Anak bukan ‘hadiah’ untuk dimenangi dalam pertikaian ini. “Apabila sampai masa bersama anak, kena manfaatkan masa sebaiknya. Jangan jadikan anak sebagai orang tengah untuk menyampaikan ‘amanat’ kepada bekas pasangan. Bercerai bermakna kita berpisah dengan pasa�ngan, bukan dengan anak. Sebab itu kena bagi anak jumpa ibu atau bapa yang tidak tinggal bersamanya.

    “Jangan tunjuk pada anak kita benci bekas pasangan kerana dia adalah ibu atau bapa mereka,” katanya.



  • http://rostinimajin.blogspot.com

    Khamis, 14 Julai 2011













    http://rostinimajin.blogspot.com

    rindu suasana kampung...

    ye ye ye..bapa pulang.....hehehe....








    http://rostinimajin.blogspot.com

    Isnin, 11 Julai 2011

    1 tahun 7 bulan

    Hai sayang ibu...selamat mencapai umur 1 tahun 7 bulan ya sayang....ibu sayang adik...hehehe
    hampir terlupa la pula tarikh hari ni....
    lepas tengahari baru teringat tarikh adik ni, tu pun sebab ternampak tarikh kat insuran kereta ayahnya.. 


     ni la wajah terkini putera kesayangan ku....Muhammad Danish...
    tengok la dia tengah berusaha masukkan handphon dalam poket kecik nya tu...xmuat la sayang....dah senyum-senyum pastu marah la pla...


    http://rostinimajin.blogspot.com

    Ahad, 10 Julai 2011

    suasana kampungku


    gambar kenangan time kenduri arwah makcik (kakak bapa)...makcik meninggal dunia pada jam 7 malam di Hospital Kota Belud 2/06/2011...

    aku tak sempat nak tengok wajah beliau tetapi aku sempat melawat makcik time di hospital dulu...
    salam takziah untuk semua ahli keluarga makcik...semoga roh makcik di tempatkan dikalangan2 orang yang beriman..~~Al-fatiha~~



    dari hari pertama hingga la hari yg ke7 aku ada di kampung...nak tolong apa yang patut....

    gambar di sebelah tu gambar jiran2 bergotong royong memasak untuk kenduri 7...terima kasih kakak loi sebab dia yang mengetuai pasukan memasak time tu...



    gambar yang di sebelah kanan ni pula time kenduri dah habis....orang dapur dah siap berkemas la....
    hehehe....ni pula gambar bersama cikgu Ani....tengah berehat selepas basuh pinggan mangkuk, tapi cikgu Ani je yang membasuh...aku tak dapat la menolong sebab ada anak kecil...maaf yea..




    aik lain macam je tempat ni....kalau korang nak tau ini la tempat pengeluaran cendawan tiram....kat kampung ada tau...

    senang la sikit kalau mengidam nak makan cendawan..petik sediri pun boleh..(macam petik buah la pulo).tak payah lagi nak gi kedai/pasar.....

    rindunya dengan masjid ni....ni la masjid kampung ku...di sini la kami berkumpul sewaktu ketika dahulu hingga kini (mengaji, kenduri, sembahyang terawih, sembahyang hari raya dan macam2 lagi aktiviti keagamaan.)



    gambar ni pula diambil betul2 didepan pagar rumah kampung ku...hehehe...biasa la jalan kampung....


    aku juga nak ucapkan terima kasih kepada yang tukang ambil gambar ini...hahaha..siapakah gerangannya itu?jeng jeng jeng.....Cikgu Ani?...






    http://rostinimajin.blogspot.com

    Rabu, 6 Julai 2011

    Khasiat Ayat Kursi





    Ayat Kursi


    KHASIAT AYAT KURSI

    Mahfum ayat:

    Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh memberi syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya dari langit dan bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

    [Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

    Penjelasan:

    Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

    Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

    Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

    Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat Ayat Kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

    Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

    Khasiat Ayat Kursi:

    1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

    1. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

    1. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

    1. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

    1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

    1. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

    1. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

    1. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

    1. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

    1. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)



    http://rostinimajin.blogspot.com

    Selasa, 5 Julai 2011

    Silap penjelasan punca hijab dipandang negatif


    Hasliza Hassan

     ADA salah faham khususnya kalangan bukan Islam bahawa wanita Islam menutup aurat atau memakai hijab sebagai tanda taat kepada golongan lelaki dan tanggapan itu perlu diperbetulkan supaya isu berkaitan aurat dan hijab benar-benar difahami.


    Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Haliza Siraj, berkata salah faham itu turut berpunca sikap wanita Islam sendiri yang memberi gambaran negatif mengenai kewajipan menutup aurat.
    Disebabkan itu juga wujud tanggapan wanita Islam yang memakai hijab menjadi mangsa penindasan kononnya mereka terpaksa menutup aurat disebabkan oleh pihak lain bukan atas kerelaan hati.
    Berdepan sendiri dengan situasi itu, beliau berkata bukan Islam tidak boleh dipersalahkan jika tindakan wanita Islam menyebabkan mereka mendapat gambaran salah mengenai pemakaian hijab atau tanggungjawab memelihara aurat.

    “Semasa menghadiri persidangan di luar negara, ada rakan bukan Islam berkata kepada saya, Dr Harlina awak boleh buka hijab sekarang. Saya tanya kenapa, dia kata sebab ayah dan saudara lelaki awak tidak ada bersama dan mereka tidak akan tahu.

    “Rupa-rupanya mereka pernah berdepan dengan wanita Islam bukan dari Malaysia yang sampai saja di luar negara terus membuka hijab. Apabila ditanya, katanya sekarang bapa dan saudara lelaki saya tidak ada dan mereka tidak nampak.

    “Maka timbul tanggapan wanita Islam menutup aurat kerana golongan lelaki mereka. Saya terpaksa beritahu, saya memakai hijab kerana Allah dan tidak akan membukanya walaupun ayah atau saudara lelaki tidak bersama,” katanya.
    Beliau berkongsi pengalaman itu bersama peserta forum ‘Bersama Menghayati Konsep Aurat dan Hijab anjuran Sri Munawwarah Design dan We Are Beautidul, Allah Loves Us,’ bagi menjelaskan kepentingan memperbetulkan tanggapan salah berkaitan hijab dan aurat.

    Katanya, kecantikan terbahagi kepada dua iaitu kecantikan haiwaniah iaitu kecantikan fizikal dan insaniah, tujuan menutup aurat sebagai cara menyembunyikan kecantikan haiwaniah untuk menjelmakan kejelitaan insaniah bercirikan sopan dan santun.

    Dr Harlina turut membangkitkan isu kenapa banyak konflik dihadapi wanita semata-mata untuk jadi cantik atau dipandang cantik sedangkan kecantikan itu pada mata yang memandang dan siapa yang memandang.

    Justeru, katanya, definisi cantik tidak ditentukan oleh orang lain sebaliknya seseorang itu yang memutuskan dirinya cantik atau sebaliknya. Al-Quran sudah memberi panduan lengkap bagi wanita untuk memahami kedudukan mereka di sisi Allah termasuk dalam aspek kecantikan.

    Beliau juga tidak membincangkan mengenai hukum menutup aurat kerana perkara itu sudah jelas tetapi menekankan bagaimana cara wanita menutup aurat atau memakai hijab bukan untuk orang lain membuat penilaian. Malah, mereka yang berjinak untuk berhijab perlu diberi sokongan.

    Pada masa sama, beliau menjuruskan kecantikan kepada pengertian lebih utama untuk wanita memikirkannya kerana wanita perlu berbangga apabila Allah tidak menilai mereka berdasarkan paras rupa sebaliknya, semua manusia dilihat dari segi ketakwaan mereka.


    http://rostinimajin.blogspot.com

    Solat sempurna benteng hindari kemungkaran


    Oleh Muhammad AsyrafKeikhlasan menunaikan ibadah elak amalan ditolak


    PENSYARIATAN solat kepada Rasulullah SAW pada peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj berbeza dengan konsep penerimaan wahyu menjelaskan kepada kita bahawa solat itu teras agung terhadap label seorang Muslim.
    Bahkan dalam Islam, diserlahkan kekuatan solat itu sehingga diisytihar sebagai benteng kukuh yang mampu mencegah perbuatan maksiat. Malah, ia sering disebut sebagai jaminan pasti bagi kita dalam menolak perbuatan mungkar.
    Tokoh ulama dari Tunisia, Syeikh Tahir Ibn A’syur, dalam kitabnya Maqasid al-Syariah, menyatakan bahawa setiap kefarduan yang diwajibkan ke atas setiap mukalaf, manfaatnya kembali kepada pelaksananya.

    Justeru, dalam persoalan solat juga ada manfaat tersendiri. Allah berfirman yang bermaksud: “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut, ayat 45).

    Ayat ini memberi kefahaman bahawa solat dapat menghindar perbuatan mungkar dan itulah yang kita fahami selama ini.

    Namun realitinya, dari segi praktikal ramai yang tertanya-tanya kenapa masih lagi ada perbuatan mungkar dan maksiat sedangkan si pelaku seorang yang tidak meninggalkan solat. Bukankah kehidupan realiti ini menggambarkan seolah-olah ada percanggahan dengan yang dinyatakan dalam al-Quran.
    Sebenarnya, maksud al-Quran itu langsung tidak bercanggah dengan realiti kehidupan manusia. Boleh jadi solat yang dilakukan kita tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki dalam menghindarkan diri daripada perbuatan mungkar.

    Jadi tidak menghairankan apabila Nabi SAW meletakkan graf tertentu kepada pelaku solat. Baginda bersabda yang bermaksud: “Ada orang yang telah melaksanakan solat, tetapi ia hanya menerima sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah pahala saja dari solatnya.” (Hadis hasan dari Ahmad, Abu Daud dan Ibn Hibban).

    Solat bukan sekadar ibadah anggota badan saja tetapi ia adalah ibadah yang diteraskan dari hati sanubari seorang Muslim.

    Disebabkan itu, Syeikh Muhammad Bayumi dalam kitabnya Akhta’ al-Musallin min Takbir ila Taslim menyatakan, orang yang hendak melakukan solat (iaitu sebelum solat) sudah semestinya ia tidak melakukan kejahatan dengan tangannya, tidak berkata kesat, tidak melihat yang diharamkan. Perbuatan hendak melakukan solat itu sendiri secara automatik membendung rasa inginkan kemungkaran.

    Imam Ibn Kathir mensyaratkan tiga pokok asas solat iaitu, ikhlas, khasy-yah (takut) dan mengingati Allah. Ikhlas mengarah kita kepada perbuatan makruf, manakala khasy-yah (takut) pula menghalang daripada perbuatan mungkar.

    Sebab itu, perbuatan solat secara zahirnya saja bukan penentu atau jaminan seseorang itu meninggalkan mungkar secara pasti. Walaupun ayat ini menyatakan demikian, namun ayat al-Quran perlu diteliti secara keseluruhan.

    Boleh jadi solat dilakukan tanpa khusyuk, sambil lewa, malas bila mengerjakannya, solat dalam keadaan tergesa-gesa malah mungkin dilakukan semata-mata untuk berpura-pura dengan maksud riak.

    Dalam al-Quran diceritakan bagaimana mungkin perbuatan mungkar mampu ditinggalkan secara pasti dengan melakukan solat semata-mata, sedangkan dalam ayat lain Allah menyatakan kemurkaan kepada orang yang solat.

    Ibnu Abbas memberi gambaran yang dimaksudkan orang yang celaka ialah mereka mengerjakan solat ketika di hadapan banyak orang dan tidak mengerjakannya ketika ia dalam keadaan bersendirian.

    Begitu juga mereka yang lalai mengerjakan solat pada waktu ditetapkan dan sengaja melewat-lewatkan solat adalah ciri golongan munafik.

    Bukan semua solat yang dikerjakan menghindarkan dirinya daripada perbuatan mungkar kerana mereka yang solat juga ada yang berpura-pura dengan solatnya seperti Abdullah bin Ubai bin Salul sendiri pernah solat di belakang Baginda Rasulullah SAW.

    Justeru, amalan solat berdasarkan hadis sahih mengikut tatacara solat Nabi perlu dipelajari supaya solat tidak ditolak Allah hanya kerana kejahilan memahami sunnah.

    Pada masa sama, benteng untuk mencegah kemungkaran bukan sekadar pergerakan anggota zahir semata-mata tetapi berkait rapat dengan hati. Solat adalah ikatan batin antara manusia dengan Allah.

    Andai manusia cukup beradab sopan dengan Allah bermula dari saat takbir hingga salam, pastinya latihan sebanyak lima kali sehari itu dapat membentuk jiwa yang beradab sopan dengan Allah sepanjang kehidupan kita.

    Janganlah apabila kita melakukan maksiat, maka kita menyalahkan solat kerana tidak mampu menjadi benteng. Tetapi periksalah keadaan solat kita, adakah ia benar-benar solat yang dikehendaki oleh Allah.

    Penulis ialah juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis



    http://rostinimajin.blogspot.com

    Isnin, 4 Julai 2011

    ku sayang semua...terima kasih...


    Ohh Khairina

    arnab shoppe

    Ratu

    Hishyamuddin

    .: Mr Aril :.

    Apishafeez

    ammboi.blogspot

    Laskar

    himmy

    comeseefirst

    ez_jupem03

    Kumbang Desa

    zarra nazura

    ariana's

    Must&Try

    chipsmore_af

    azman

    mj
    Nurul Huda Yunni
    maisarah

    jokergurl

    Syazwani Amira

    nabill_90

    know me

    khairunisa.baseri

    halimah





    kopi O tanpa gula

    Syaz@rozelt

    Fatihah Dayana

    Shafiq Hashim

    muni munie

    ChentaEty

    Pacifista - X

    captbokkhari

    RADSMIL

    ! ✿nellyQyuhyun✿ !

    Pelik Oh Pelik

    Azzah

    Hafeesz Amran

    uLan

    wan_cikgumuzik

    aseta

    ♠ Ace Of Spades ♠

    CALL ME NEPH

    qamarguyz

    Dianaa

    ADAM

    She's Gee

    anahiettah afibs

    kotak bulat
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...