ku di sini

aku dan dia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
masa terus berlalu....tak lama lagi ku kini akan melangkah ke usia baru...pencapaian????....ku terus mencari bekalan yang perlu ku bawa ke sana...


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
ku buat ni untuk suami tercinta...gambar kecil tu time berumur 1tahun....comel tak?hehehe...
sayang....hanya beberapa hari lagi masa yang di nanti akan tiba...(dinanti ke?...kalau boleh tak nak tiba kan...almaklum la tak nak melangkah ke usia remaja sikit...hehehe...gurau je la sayang...)...




Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
bercinta tapi tak bersua....
laut china selatan yang memisahkan kita....
cintaku cintamu teguh
seteguh Gunung Kinabalu...
kini impian dah menjadi kenyataan...
cuma ku berharap semoga kita kuat menghadapi apa jua dugaan dan rintangan...



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers



Ku alunkan sebuah memory pada untaian sejarah semalam..
Ternyata hidup tak semudah yang di sangkakan diri..
Ternyata inilah realiti kehidupan yang penuh onak dan duri...

Namun diri masih di sini meneliti tiap takdir yang menimpa sebagai tarbiyah paling berharga dari Ilahi...

Biar diri di hina, biar diri di siksa namun untuk berpaling arah..itu bukanlah langkah "PEWIRA" maka ku gagahi langkah kaki biarpun likunya berduri...

Ku hayun langkah pejuang meskipun diri tak segagah mana , hanya kerana hidup ini tiada abadi...hanya akhirat yang pasti di temui....

Ku teruskan perjuangan kerana "Hidup Ini Jihad Menuju Ilahi" maka hakikat nikmatnya hanyalah di akhirat benar-benar kepastian yang nyata...

Maka pilih lah wahai insan yang mana ingin kau miliki....Kehidupan Akhirat itu lebih utama dari kehidupan Duniawi...

Wahai Tuhanku...aku bermohon kepadaMu pimpinknlah daku menuju redhaMu, bimbingilah aku tika langkahku tersasar dari landasanMu...Rahmatilah aku bila aku lalai dan leka dengan peringatan Al-QuranMu...

Ya Allah jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur, Limpahilah aku dengan rahmat kasih sayangMu...jadikanlah penghujung hidupkan kesudahan yang baik....dan selamatkanlah aku dari azab nerakaMu..wahai Dzat yang agung yang memiliki Arasy dan segala isinya maka akulah hambaMu yang mengharapkan belas kasihMu...

**********************************

"UNTUKMU WANITA yang bernama ..........., AKU TERIMA NIKAHNYA.

Semoga kita menjadi SUAMI ISTERI PALING BAHAGIA dalam melayari cinta & mengharungi masa. Cinta & kasih sayang bukan sekadar kurniaan nikmat hidup yang sementara. Malah ia sebagai seruan untuk kita BERCINTA SAMPAI KE SYURGA."

..............................

"Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tiada berkesudahan."

**********************************

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...