ku di sini

Isnin, 16 Disember 2013


FISTULA IN ANO ATAU ANAL FISTULA

Anda pernah dengar istilah saintifik FISTULA IN ANO? Mungkin ada yg pernah dengar dan mungkin tidak ada atau tidak tahu langsung mengenai penyakit ini. Sesetengah individu ada yang tahu tapi dengan cara mendiskripsinya.

DEFINISI:
FISTULA  ialah bukaan kecil yg tidak normal terletak berhampiran dgn anus di mana ketidakselesaan sering timbul pd seseorang yg menghidap penyakit ini. Ini disebabkan timbulnya saluran kecil seperti terowong antara salur anus dan kulit luar.

PUNCA / SEBAB:
Sebab atau punca utama yg boleh menyebabkan terjadinya luka pada kawasan luar anus ialah menggaru, mencukur, terkena jangkitan 'rambut' atau sembelit.

SIMPTOM:
Simptom awal yg timbul dari penyakit ini ialah kulit luar yg berhampiran dgn anus akan membentuk bengkak kecil kemudian ia akan pecah dan akan mengeluarkan nanah, Pesakit yg menghidap penyakit ini akan mengalami kepedihan dan berdenyut pada tempat tersebut selepas membuang air besar.

Lebih teruk lagi, pesakit akan merasa kegatalan yg teruk dan kadang-kadang akan mengeluarkan darah. Ia tidak seperti penyakit buasir. Pesakit FISTULA boleh lagi duduk dan berjalan seperti biasa. Cuma pedih dan gatal yg teramat akan dirasai selepas membuang air besar kerana kebiasaannya FISTULA akan membengkak dan surut selepas nanah keluar.



DIAGNOSIS DAN PEMERIKSAAN:
A) Pemeriksaan Proctoscopic

Doktor akan membuat pemeriksaan lanjut jika bengkak sudah pecah atau membuat pemeriksaan Proctoscopic iaitu sejenis alat seperti tiub yg dilengkapi dgn cahaya utk memeriksa rektum. Ini biasanya akan dilakukan oleh doktor pakar.

B) Pemeriksaan Radiologi

Pemeriksaan ini akan dilakukan jika FISTULA sukar dikenalpasti tempatnya atau jika FISTULA berulang dan banyak tempat terjadinya FISTULA.

JENIS RAWATAN:

1) Belah Dan Picit

Pesakit dinasihatkan untuk membelah dan memicit bengkak yg timbul pd permukaan kulit berhampiran anus jika bengkak tersebut belum lagi pecah dengan sendirinya mengeluarkan nanah. Awas! jangan lakukan sendirian, sila jumpa doktor.

2) Fistulotomy/ Fistuloctomy

Doktor akan melakukan pemotongan terbuka utk tahap rendah FISTULA. Ia memakan masa yg lama utk sembuh tetapi peratusan utk tdk berulang lagi amat tinggi.

3) Seton

Jika kedudukan FISTULA berada di atas salur anus, doktor akan membuat jahitan sahaja atau sekali dengan Fistulotomy. Ini disebabkan kedudukan yg agak dalam dari anus. Rawatan ini biasa akan dilakukan pada pesakit yg mempunyai FISTULA yg kompleks dan kronik.

PENYAKIT INI JANGAN DI PANDANG REMEH KERANA IA MUNGKIN BOLEH MENYEBABKAN TIMBULNYA PENYAKIT LAIN JIKA TIDAK DITITIKBERATKAN. JADI, JAGALAH KESIHATAN ANDA SEBAIK MUNGKIN!!!....


Kredit Embun Melati

http://rostinimajin.blogspot.com

Jumaat, 1 November 2013


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Firman Allah SWT.:
17:79
 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

.

Tujuan Solat Tahajjud

.
  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
.
.

Cara Mendirikan Solat Tahajjud

.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.
.

1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

Doa Sebelum Tahajjud
 .
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
.
.

2.  Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
.

3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

.
a)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)
 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
.
.

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

doa sujud akhir tahajud
.
.

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

.
.

6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

Doa Solat Sunat Tahajjud
.
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 
.
.

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

.
    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
.
.

Memudahkan Bangun Solat Malam

.
  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Posted by Shafi-Q



http://rostinimajin.blogspot.com

Sabtu, 29 Jun 2013

Ikat Peranakan






http://rostinimajin.blogspot.com

Khamis, 27 Jun 2013

Lahirnya Puteri Kedua

assalammualaikum wbt....mau update sikit pasal blog aku ni...
alhamdulillah buat masa ni aku dalam keadaan sihat..almaklumla dalam keadaan berpantang..berpantang tu pantang juga, baby tido aku buat kerja sikit la...
emmmm...mau cerita sikit la pengalaman bersalin anak yang ketiga puteri yang ke dua ni...
banyak sangat dugaan aku semasa dan selepas bersalin..
ok la...nak kongsi sikit la...sebenarnya aku dan suami berhasrat sangat supaya aku dapat bersalin di Pulau labuan..namun hasrat tu terkubur apabila kami suami isteri bercadang untuk pindah ke Kota Kinabalu...maksudnya kena bersalin di Hospital Likas la nampaknya...klu nak cerita panjang sgt..semua ini bersangkut paut juga pasal kesihatan aku...

oh ya...21-06-2013 kira2 jam 10 pagi aku melapor diri masuk wad di Hospital Likas..biarpun belum terasa sakit nak bersalin, aku dan suami mengambil keputusan meminta bersalin secara elektif iaitu pembedahan...masa tu kandungan dalam usia 41 minggu 3hari...
malam tu aku diarahkan berpuasa dan keesokannya pada jam 8:30am aku dimasukkan ke wad pembedahan...takut sampai mengigil la...
kira2 jam 10:30 pembedahan selesai...suara anak kecil kedengaran..alhamdulillah...maka, lahirla lagi zuriat untuk suami tercinta...puteri la...


http://rostinimajin.blogspot.com

Khamis, 20 Jun 2013

Bahaya Uri Di bawah ( Placenta Previa )



Ini adalah pengalaman yang benar berlaku pada diri aku...pada 02-04-2013 jam 12:50 tengah malam, aku mengalami tumpah darah...
suami menghantar aku ke wad kecemasan...
kemudian aku diarahkan masuk ke bilik ultrasound...ketika ultrasound scan dijalankan, doktor memberitahu bahawa kedudukan uri berada di bawah...
pada masa tu aku pun tak tau apa masalah kalau uri di bawah..aku tak tau pun apa2 pasal uri ni...mungkin tak pernah merajinkan diri ini menggoggle di dunia luar sana....

Setelah diterang, diulas oleh beberapa doktor maka pada pendapat aku amat la wajar wanita yang mengandung mengetahui serba sedikit mengenai masalah ini..


Dalam bahasa perubatan, uri dinamakan sebagai placenta, manakala pelekatan uri dibahagian bawah uterus berdekatan dengan internal os atau pun cervix ( pintu rahim ) ialah placenta praevia. Untuk memahami maksud dengan jelas, mari kita lihat ilustrasi dibawah.

















Dalam keadaan normal, pelekatan uri haruslah tidak menutupi cervix supaya tidak menghalang proses kelahiran dimana bayi akan melalui cervix (pintu rahim)......
 Ia boleh melekat di mana-mana bahagian rahim seperti di depan (anterior), belakang (posterior), bahagian sisi(lateral) dan atas (fundus ). Dalam contoh di atas, placenta tersebut melekat sepenuhnya di pintu rahim menyebabkan bayi tidak boleh dilahirkan secara normal.



Placenta praevia boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu:


1) Complete (sepenuhnya)
2) Partial (sebahagian)
3)Marginal (menghampiri tetapi tidak menutupi)
4) Low lying (berdekatan dengan pintu rahim tetapi masih lagi tidak menutupinya)


Antara faktor2 risiko untuk mendapat placenta praevia ketika mengandung adalah seperti berikut:

1) peningkatan usia
2) mengandung lebih dari 2x (multiparaty)
3) kembar
4) sejarah pembedahan melibatkan rahim ( aku dah pernah kena bedah anak pertama )
5) keguguran


Wanita yang hamil dengan placenta praevia mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat komplikasi seperti berikut:
1) pendarahan yang banyak ( berlaku tengahmalam ketika nyenyak tidur)
2) jangkitan
3)risiko untuk pembuangan rahim jika pendarahan terlalu teruk dan tidak dapat dihentikan ketika pembedahan(aku hampir2 di buang rahim)


Untuk memastikan kedudukan uri, ultrasound scan perlu dilakukan pada usia kandungan 7 bulan ( 28 minggu ), jika jarak di bahagian hujung uri servik > 5cm bermakna uri di atas...
tetapi jika jarak uri < 5cm, maka ultrasound perlu diulangi dalam masa 2-4 minggu untuk memastikan kedudukan uri yang sebenar...
tetapi jika uri menutupi sepenuhnya kemungkinan aku dimasukkan ke wad sehingga 9 bulan kemudian pembedahan dilakukan....
setakat ini rawatan untuk placenta praevia adalah simptomatik...
untuk placenta praevia sepenuhnya dan sebahagian ( complete and partial ) memerlukan pembedahan manakala low lying atau marginal ada kemungkinan kelahiran secara normal dibenarkan....




http://rostinimajin.blogspot.com

Jumaat, 8 Mac 2013

Assalammualaikum wbt....salam 1 malaysia...salam Jumaat buat pengunjung blog ku ini....
korang semua sihat x?....Alhamdulillah...syukur...yg sihat teruskan perjuangan n yang kurang sihat pla rehat la secukupnya....mudah2an cepat sembuh....

emmmm....hari ni hari terakhir aku di Pulau Labuan ni..esok flihgt jam 7:45am....tapi bkn la terakhir terus...cuma ikut suami balik kg kat Melaka...anak2 pun cuti sekolah la nampaknya....ala bukannya nak g melancong pun....klu melancong xde la nak ganggu suami kerja n anak2 sekolah....kali ni balik kg sebab nak melawat keadaan kesihatan ibu mertua....dgr khabarnya dah masuk wad sejak isnin lalu sebab kencing manis....

Sebelum memulakan perjalanan

Sebelum keluar dari rumah, baca la "Bismillahirohmanirohim"...
kemudian baca Al-Fatihah 1x dan melangkah kaki kanan dahulu dan baca la doa ini



"Bismillahi tawakkaltu'allahi lakhaulawala quwattailla billah"


Ertinya:"Dengan nama Allah aku menyerahkan diriku kepada Allah, tiada ada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah".




Sebelum menaiki kenderaan bacalah doa ini.Riwayat ada mengatakan jika dalam sebuah kapal ada cuma seorang sahaja yang membacakan doa ini, insyaAllah akan selamat sepanjang perjalanan.


Ertinya:

“Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”
(surah Az-Zukhruf  13-14)

inshaAllah..segala perancangan diserahkan kepada Allah je.


http://rostinimajin.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...