ku di sini

Isnin, 27 Jun 2011

Dipererlihat 10 seksaan wanita


KETIKA peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w dibawa menaiki buraq menuju ke Kaabah untuk proses pembersihan hati.

Nabi Muahammad s.a.w turut mengalami pelbagai peristiwa, antaranya dada Baginda dibedah malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dada Rasulullah.

Selepas itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimun nubuwwah". Selesai pembedahan, baginda menaiki Buraq meneruskan perjalanan luar biasa itu. Semasa perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, sepanjang perjalanan itu Rasulullah diiringi malaikat Jibrail dan Israfil.
Tiba di tempat mulia dan bersejarah Rasulullah diarah Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat.

Antara tempat-tempat berkenaan ialah negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu daripada Allah serta Baitul-Laham iaitu tempat Nabi 'Isa a.s dilahirkan.

Dalam perjalanan itu, Baginda menghadapi gangguan jin ifrit dengan obor api. Peristiwa itu memperingatkan kepada kita syaitan dan iblis tidak jemu menyesatkan dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.


Dalam perjalanan Rasulullah ke Masjidil Al-Aqsa, Baginda melihat beberapa gambaran antara langit dan bumi. Antara pelajaran yang dapat diambil dari peristiwa itu ialah mengenai wanita.

Rasulullah s.a.w melewati satu daerah yang mana baunya sangat harum seperti bau kasturi. Baginda bertanya kepada Jibril, daerah apakah yang sedang mereka lewati. Jibril menjawab: ''Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.'' Dia adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah yang kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah memiliki semangat dan jiwa keIslaman kuat hingga mampu mengenepikan keangkuhan Firaun.

Kerana kekejaman Firaun, dia dan yang lainnya terpaksa menyembunyikan keimanan mereka. Pada suatu hari, ketika Masyitah menyisir rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, dia menyebut nama Allah. Ketika sang puteri mendengarnya, bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu? Masyitah pada awalnya enggan menjawab, tetapi setelah didesak berkali-kali, dia akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Puteri itu mengadu hingga menyebabkan Firaun sangat marah mengetahui Masyitah menyembah tuhan selain dirinya.
Masyitah dipaksa Firaun agar mengakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan. Tetapi dengan penuh keberanian dia berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah." Kata-kata tersebut menimbulkan kemarahan Firaun. Lalu dia memerintahkan menterinya, Hammam, agar membuat patung sapi dari tembaga dan diisi minyak untuk merebus Masyitah dan keluarganya.

Ketika tiba giliran bayinya dimasukkan ke patung sapi, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada keinginan Firaun kerana sangat sayang kepada anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah terjadinya kejadian luar biasa.

Secara tiba-tiba bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di jalan yang benar." Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan ''Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa''. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.

Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini diperingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk dan Mikraj. Dalam perjalanan terbabit Baginda diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita hingga Rasulullah s.a.w menangis apabila mengenangkannya. Di antaranya perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya dari pandangan lelaki lain.

Seksaan lain ialah perempuan yang digantung dengan lidah, tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan perkataan.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa izin dari suaminya.

Ada pula perempuan yang diikat kedua kakinya serta kedua tangannya sampai ke ubun-ubun, dililit oleh beberapa ekor ular dan kala jengking. Itu adalah balasan kepada perempuan yang mampu solat dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak wuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mandi bersuci setelah haid dan nifas. 

Baginda kemudian melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sedangkan di bawahnya ada api yang menyala. Golongan itu adalah perempuan yang berhias agar dilihat oleh lelaki lain dan suka menceritakan keburukan orang lain. 

Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka membanggakan diri sendiri agar orang melihat perhiasannya. 

Selain itu, baginda turut menyaksikan seksaan terhadap perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai. Mereka suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada juga perempuan yang Baginda lihat, wajahnya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya. Ia adalah akibat daripada perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.


http://rostinimajin.blogspot.com

Ahad, 26 Jun 2011

Doa Qunut Serta Bacaannya

by wazy on June 29, 2010 · 68 comments in Pedoman
Assaalamualaikum…
nak kongsi dgn korang Doa Qunut ni…
so.. mudah-mudahanan dapat la pahala lebih bila ada qunut semasa solat subuh…
Doa Qunut

Maksudnya:-
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Bacaan Dalam Rumi
Allah humah dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.


p/s:   Sembahyang la kita sebelum kita disembahyangkan...

http://rostinimajin.blogspot.com

Sabtu, 25 Jun 2011

Maksud atau Makna bacaan dalam solat


Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.

Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.




http://rostinimajin.blogspot.com

Fadhilat dan manfaat solat



Solat boleh dilakukan oleh semua orang. Selain sebagai tuntutan agama, amalan solat juga boleh member kita manfaat senaman minda dan jasmani, juga member kita jiwa yang tenang dan sabar. Pergerakan solat yang dilakukan berulang kali setiap hari mampu dan menghindar dari segala penyakit jasmani seperti lemah jantung, darah tinggi, sakit sendi, sakit tulang, sakit mata dan berbagai penyakit fizikal yang lain.
1. POSISI PERTAMA
Berdiri lurus dan kedua tangan di angkat ke atas.

FAEDAH
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan lebih focus. Pandangan mata ke tempat sujud , otot-otot atas dan bawah bahagian belakang terasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

2. POSISI KEDUA
Berdiri betul serta membaca Al-Fatihah dan Surah

FAEDAH
Menimbulkan konsentrasi minda. Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dalam bahasa arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang a,i,u merangsang hati, kelenjar gondok (thyroid), kelenjar pineal, ritunitary, kelenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tersebut.

3.POSISI KETIGA
Rukuk

FAEDAH
Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang. Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan lagi peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.


4.POSISI KEEMPAT
Iktidal- berdiri lurus selepas rukuk

FAEDAH
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa gaya rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa-sisa tubuh. Badan mendapat balik kerehatan dan melepaskan ketegangan.

5.POSISI KELIMA
Sujud

FAEDAH
Lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan mengelakkan perut buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya bahagian kepala (termasuk mata, telinga dan hidung) serta paru-paru. ‘Mental toxin’ minda dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita hamil. Membetulkan alat peranakan wanita. Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambah keanjalan sendi-sendi. Menghapuskan egoism dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam roh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan. Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.

6.POSISI KEENAM
Duduk di antara dua sujud

FAEDAH
Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan perut ke bawah.

7.POSISI KETUJUH
Sujud kedua

FAEDAH
Memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf. Memberikan keringanan pada badan kebahagiaan emosi. Pengoksidaan seluruh badan lebih sempurna. Sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

8.POSISI KELAPAN
Bangun semula dari sujud

FAEDAH
Peredaran darah kembali ke bahagian atas tubuh. Posisi ini membantu mengeluarkan keracunan (toksin) dari hati dan mengerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh. Ini memberikan kerehatan yang selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.



http://rostinimajin.blogspot.com

Berwudhu

Berwudhu
  • Yang praktis dan mencukupi
  • Yang sebaik-baiknya
  • Hikmah-hikmahnya
Cara atau jalan untuk membina mental dan rohani sungguh banyak sekali. Jalan yang pasti ialah mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengekalkannya yang disebut sebagai ibadah. Salah satu mata rantai ibadah itu adalah Wudhu'.
Kegunaan Air Wudhu
  • Untuk segala macam solat hukumnya wajib.
  • Untuk Thawaf di Ka'bah, thawaf apa saja, hukumnya wajib.
  • Sewaktu hendak membaca Al-Qur'an hukumnya sunnat
  • Sewaktu hendak tidur atau lain-lain perbuatan yang baik, hukumnya sunnat
Alat Yang Dipakai
Alat yang dipakai ialah air. Meskipun demikian, air yang digunakan untuk berwudhu' adalah air yang suci lagi menyucikan (pengertiannya?), iaitu: Air hujan, Air Sumur, Air Sungai, Air Laut, Air dari mata Air, Air Telaga, Air Danau, Air Ais, Air Ledeng.
Cara-caranya
Berniat dalam hati bahawa berwudhu' untuk..., lalu:
  • Membasuh muka dengan air (cukup sekali asalkan merata ke seluruh muka)
  • Basuhlan tangan hingga sampai dengan kedua siku (cukup sekali asal merata).
  • Sapulah sebahagian kepala, cukup sekali saja
  • Basuhlan kaki hingga sampai dengan kedua mata kaki (cukup sekali asal merata).
Bila dikerjakan seperti di atas, maka wudhu' sudah sah.
Berwudhu' yang lebih sempurna
Bila ingin berwudhu' lebih sempurna, yakni sempurna lahiriah dan sempurna pula dalam ganjaran, maka kerjakanlah tabahan-tambahannya dengan cara sebagai berikut:
1. Mulailah dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim...
2. Menghadaplah kearah kiblat
3. Usahakanlah berwudhu' dengan tidak meminta bantuan orang lain, seperti menimba, dan sebagainya.
4. Basuhlah jari-jari tangan dengan menyelat-nyelatinya. Dan bagi jari yang bercincin, jam atau perhiasan yang dipakai di jari-jari lainnya, bukalah perhiasan tersebut agar air dapat merata membasahi seluruh jari-jari.
5. Berkumur-kumur.
6. Masukkanlah air ke dalam hidung, lalu keluarkanlah kembali (istinsyaq).
7. Gosoklah gigi untuk menghilangkan sisa makanan dan bau mulut yang kurang sedap.
8. Mulailah dengan anggota wudhu'yang sebelah kanan.
9. Ulangilah masing-masing sampai tiga kali (3X).
10. Ratakanlah air hingga membasahi seluruh anggota wudhu'
11. Ketika menyapu kepala, ratakan seluruhnya (letakkan ibu jari samping kiri dan kanan kepala, lalu putarlah telapak tangan dari depan ke belakang, kemudian kembali ke depan (cukup sekali).
12. Basuhlah telinga dengan memasukkan telunjuk ke lubang telinga, ibu jari dibelakang telinga.
13. Bila selesai berwudhu', hadapkan muka ke arah kiblat dan berdoalah dengan membaca:
Asyhadu an laa ilaaha illalaahu wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuuluh, Allahummaj'alnii minat tawwaa biinaa waj'alnii minal mutathahhiriin.
Aku bersaksi bahwa Tidak ada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahwa sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya allah , masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang bertaubat, dan jadikanlah aku masuk ke dalam golongan orang-orang yang suci.



http://rostinimajin.blogspot.com

Solat Qada

Menurut hukum syarak, setiap solat fardhu yang ditinggalkan wajib diqadha' sama ada disebabkan lupa, tidur atau orang murtad yang kembali semula kepada Islam setelah murtad.

Dari segi istilah fuqaha, qadha' ialah sesuatu (ibadah) yang dilakukan selepas berlalu waktu tunainya untuk mendapatkan sebagaimana yang sebelumnya dengan melakukannya secara qadha' atau mengerjakan semula ibadat-ibadat yang tidak sah, atau yang tertinggal atau senghaja ditinggalkan pada waktu-waktu yang lain.

Dalil Hadis

Dari Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu , Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wassalam (s.a.w) bersabda:
Maksudnya : Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal solatnya ataupun terlupa mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan solat yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala (s.w.t) telah berfirman:"Dirikanlah solat untuk mengingati Aku". (Hadits riwayat Muslim)


Hukum harus mengqadha' solat itu bukanlah sebagai satu kelonggaran yang membolehkan seseorang itu meninggalkannya dengan senghaja sehingga luput waktunya walaupun berhasrat untuk mengqadha'nya pada waktu yang lain.

Adapun anggapan bahawa meninggalkan solat dengan senghaja dan boleh menggantinya pada waktu yang lain asal saja kewajipan itu tidak terus ditinggalkan atau dilupakan adalah satu anggapan yang salah.

Meninggalkan solat Fardhu

Orang yang meninggalkan solat tetapi tidak ingkar akan kewajipannya kadang-kadang disebabkan keuzuran yang diiktiraf oleh syara'. Kadang-kadang pula disebabkan oleh alasan yang bukan syari'e dan inilah yang sering berlaku. Sebab-sebab meninggalkan solat itu boleh dibahagikan kepada dua bentuk yang masing-masing ada kaitan dengan hukum, iaitu:
  • Pertama : Meninggalkan solat kerana keuzuran. Orang seperti ini tidaklah berdosa kerana terluput waktu solat bukan dengan kehendak atau kelalaiannya, akan tetapi wajib ke atasnya qadha' solat yang luput itu dan sunat disegerakan qadha'nya.
  • Kedua : Meninggalkan solat tanpa ada keuzuran seperti malas atau melalai-lalaikan sehingga luput waktunya. Maka orang seperti ini berdosa tanpa diragukan lagi.
Contoh meninggalkan solat kerana keuzuran atau tanpa disenghajakan itu seperti tertidur, terlupa dan seumpamanya sehingga luput waktu.

Namun apabila terbangun daripada tidur atau teringat daripada lupa, maka dia wajib melakukan solat tersebut kerana kewajiban solat masih lagi ditanggungnya.
Dalam sebuah hadits shahih , Abu Qatadah Radhiallahu 'anhu menceritakan mengenai dengan perjalanan mereka bersama Rasullullah Shallallahu 'alaihi wassalam .

Dalam perjalanan itu mereka keletihan lantas tertidur. Apabila mereka terbangun daripada tidur waktu solat sudah pun berlalu. Mereka bertanya sesama sendiri, apakah kaffarah yang mesti dibayar atas kelengahan mereka melakukan solat. Rasullullah Shallallahu 'alaihi wassalam mendengar bisikan mereka lantas bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya di dalam tidur tidak ada kelalaian. Sesungguhnya kelalaian itu ke atas seseorang yang tidak melakukan solat sampai habis waktunya.

Maka sesiapa yang melakukan demikian, segeralah dia solat ketika dia ingat akannya. Maka pada hari esoknya hendaklah ia menunaikan solat ketika waktunya. (Hadits riwayat Muslim)
Walaupun terdapat pengecualian dalam melaksanakan tanggungjawab solat bagi orang yang sedang tidur, ini bukanlah bermakna senghaja tidur atau ditidur-tidurkan untuk mengelak atau mencari helah daripada melakukan solat pada waktunya.


As-Sayyid Muhammad Abdullah al-Jurdani Rahimahullah dalam kitabnya Fath al-'Allam ketika bercakap mengenai tidur dan hubungannya dengan solat, beliau menyatakan adalah harus tetapi tidak digalakkan tidur selepas masuk waktu solat dan sebelum menunaikan solat, jika mengikut sangkaannya bahawa dia akan bangun dari tidurnya, sama ada bangun dengan sendirinya atau dikejutkan oleh orang lain, dan masih ada waktu untuk dia menunaikan solat.

Jika tidak, maka hukumnya adalah haram. Bahkan baginya dua dosa; dosa kerana meninggalkan solat dan dosa kerana tidur. Maka jika dia bangun dari tidur (sebelum tidur dia menyangka bahawa jika bangun dari tidur tidak ada waktu baginya untuk menunaikan solat) tetapi dia sempat mengerjakan solat, maka terangkat dosa meninggalkan solat. Manakala dosa yang wujud disebabkan dia tidur tidak akan terangkat kecuali dengan beristighfar.

Adapun meninggalkan solat tanpa uzur syari'e atau meninggalkannya dengan senghaja seperti melalaikannya sehingga masuk waktu yang lain adalah berdosa dan wajib baginya mengqadha' dengan segera solat yang luput itu.

Sibuk dengan apa urusan sekalipun bukanlah alasan untuk meninggalkan solat sehingga luput waktu, begitu juga dengan alasan tidak dapat melakukan solat kerana tidak mampu untuk berdiri atau rukuk atau lain-lain alasan kerana sakit.

Sakit tidaklah termasuk antara sebab-sebab yang membolehkan seseorang itu tidak menunaikan solat sebagaimana yang diriwayatkan daripada Imran bin Hushain Radhiallahu 'anhu , beliau berkata:
Maksudnya: Aku menghidap buasir, maka aku bertanya kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam tentang solat.

Maka Baginda bersabda: "solatlah berdiri, dan jika engkau tidak mampu, maka duduklah, dan jika engkau tidak mampu, maka solatlah dengan mengiring". (Hadits riwayat al-Bukhari)


http://rostinimajin.blogspot.com

Solat Isyak


Solat Isyak merupakan salah satu daripada solat fardu yang terdiri daripada 4 rakaat.

Waktu solat Isyak bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya.

Solat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.


Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.



http://rostinimajin.blogspot.com

Solat Maghrib


Solat Maghrib (Arab: صلاة مَغْرِب‎) merupakan salah satu daripada solat fardu. Solat ini terdiri daripada 3 rakaat. Solat Maghrib ialah solat harian ke-4 dalam Islam, dilakukan ketika senja.

Waktu solat Maghrib bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat.

Perkataan maghrib ialah istilah bahasa Arab bagi "matahari senja"; dari perkataan "gharaba|غَرَبَ", "untuk terbenam"; "akan disembunyikan" (tetapi ia tidak digunakan bagi bulan terbenam).


http://rostinimajin.blogspot.com

Solat Asar


Solat Asar merupakan salah satu daripada lima (5) solat fardhu yang diwajibkan ke atas umat Islam.

Solat fardu wajib ditunaikan oleh seorang Islam yang masih waras dan hidup.

Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Solat Asar terdiri daripada 4 rakaat. Waktu untuk bersolat Asar bermula selepas berakhirnya waktu solat Zohor, iaitu apabila tergelincir matahari sehingga bayang-bayang sesebuah objek lebih panjang daripada tinggi objek tersebut.

Manakala tamatnya waktu adalah apabila matahari terbenam di ufuk.


Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.



http://rostinimajin.blogspot.com

Solat Zuhur / Zohor


Solat Zuhur atau Solat Zohor merupakan salah satu daripada solat fardu adalah . Solat Zohor terdiri daripada 4 rakaat.

Solat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup.

Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Waktu untuk menunaikan solat Zuhur adalah bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga separuh ke kaki langit.

Sebelum solat Zohor, seseorang itu digalakkan bagi mengerjakan dua rakaat solat Sunat Rawatib.
Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.


http://rostinimajin.blogspot.com

Solat Subuh

Solat Subuh adalah satu daripada lima solat fardu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Solat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup.

Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Salah satu daripada solat fardu adalah solat Subuh. Solat Subuh terdiri daripada 2 rakaat. Bagi mazhab Syafie, solat subuh dilakukan beserta dengan doa qunut.

Waktu untuk menunaikan solat subuh atau solat fajar adalah bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang tersedia dianggarkan kira-kira 2 jam.

Sebelum solat subuh, seseorang itu digalakkan bagi mengerjakan dua rakaat solat Sunat Rawatib.

Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.

Mereka yang menunaikan solat subuh lewat sejurus waktu subuh, lazimnya digelar oleh masyarakat Melayu sebagai "subuh gajah".

Solat Subuh Yang Dibuat Selepas Waktu Atas Sebab Tidak Sengaja Seperti Tidak Terjaga

Jika solat Subuh dilakukan selepas terbit matahari atas sebab tidak sengaja seperti tidak terjaga daripada tidur, solat Subuh berkenaan sah dan tidak perlu diqada (ganti).

Ini kerana menurut hadis, sekiranya sesiapa tertidur dan terlupa solat hendaklah mengerjakan solat apabila dia terjaga atau teringat semula. Waktunya dikira ketika itu (Sabiq, Fiqh As Sunnah). Rujuk : Volume 1, Page 89a: Sleeping Through or Forgetting the Prayer [1] [2]


http://rostinimajin.blogspot.com

Waktu Solat Fardhu


 Solat Zohor

Waktu Zohor/Zuhur (ﻇﻬﺮ) bermula daripada gelincir matahari dari kedudukan tengah langit hingga bayang-bayang suatu benda menyamai panjangnya. Secara umumnya, zohor bermula apabila bayang-bayang sudah cenderung ke arah barat.

Solat Asar

Waktu Asar (ﻋﺼﺮ) bermula apabila sesuatu bayang objek melebihi kepanjangan sebenar sehingga matahari mula terbenam.
Haram menta'khirkan atau melewatkan solat asar sehingga tinggal waktu yang tidak sempat untuk dikerjakan.

Solat Maghrib

Waktu Maghrib (ﻣﻐﺮﺏ) bermula apabila matahari terbenam (hilang bentuk bulatannya) hingga hilang cahaya kemerahan di kaki langit.
Bagi kawasan atau negeri yang tidak hilang cahaya tersebut (kawasan seperti kutub), maka dikira kadar panjang atau tempoh yang sama bagi kawasan atau negeri yang berhampiran yang mengalaminya.

Solat Isyak

Waktu Isya'/Isyak (ﻋﺸﺎﺀ) bermula apabila hilang cahaya merah di kaki langit hingga terbit fajar sadiq. Waktu isya adalah waktu solat yang paling lama iaitu sepanjang malam.

Solat Subuh

Waktu Subuh (ﺻﺒﺢ) bermula dari naik fajar sadiq sehingga terbitnya matahari atau dikenali sebagai Syuruk.



http://rostinimajin.blogspot.com

Jumaat, 24 Jun 2011

Aku makan separuh sahaja

Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika, Nmbi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut.
"Berapakah rezeki  kamu dalam setahun?"
Semut menjawab:"Sebutir sebiji gandum."

Maka Nabi Sulaiman a.s pun mengambil semut itu dan diletakkan didalam botol bersama sebutir biji gandum. Nabi Sulaiman a.s  menutup botol tersebut dan meninggalkannya di suatu tempat.

Genap setahun Nabi Sulaiman a.s membuka botol tersebut dan terkejut apabila melihat semut itu hanya memakan separuh sahaja biji gandum itu.

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya,"mengapa engkau makan separuh sahaja biji gandum ini?Kenapa tidak habiskan semua?"

Semut pun menjawab,"Kerana tawakal ku selalu kepada Allah, maka aku memakan sebutir biji gandum."Aku amat yakin kepada Allah. Dan Allah tidak pernah lupakanku. Tetapi sekarang tawakalku kepadamu, maka aku makan separuh sahaja.
Aku berkata dalam hati, jika Nabi Sulaiman a.s melupakan aku tahun ini, aku boleh makan separuh lagi pada tahun berikutnya."

 p/s:makan untuk hidup...hidup untuk makan...
http://rostinimajin.blogspot.com

Tahniah!!!...


Kami mampu gegar: Kim Swee
Oleh Syed Riduan Ahmad dan Nasaruddin Parzi

 PEMAIN Malaysia meraikan kemenangan menewaskan Lubnan 2-1 bersama  penyokong  di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
PEMAIN Malaysia meraikan kemenangan menewaskan Lubnan 2-1 bersama penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Samir terima kekalahan tapi tetap anggap Lubnan kurang nasib baik

ONG Kim Swee menyuarakan rasa yakin skuad Olimpik negara mampu membuat kejutan di pusingan ketiga nanti selepas menyaksikan anak didiknya itu menewaskan Lubnan 2-1, malam tadi.

“Kita sedar pusingan ketiga nanti memang sukar, tetapi jika corak permainan sama dan disiplin tinggi dipamerkan, kita mampu membuat kejutan,” kata jurulatih skuad Harimau Muda itu pada sidang akhbar di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebaik tamat pusingan kedua kelayakan.


“Walaupun terpaksa bertahan dengan hanya 10 pemain sepanjang 40 minit terakhir, pemain menunjukkan semangat tinggi untuk menang dan sepanjang tempoh itu juga saya tetap yakin kita mampu layak.


“Selepas ini lebih banyak halangan akan dihadapi skuad muda ini dan saya anggap ia sebagai proses pembelajaran yang tidak akan habis. Ini adalah permulaan kepada bola sepak negara.”

Malaysia layak atas agregat 2-1 selepas seri 0-0 dalam perlawanan pertama di Beirut, Ahad lalu.

Sementara itu, ketua jurulatih Lubnan, Samir Saad menerima dengan hati terbuka kekalahan pasukannya yang dirasakan mempunyai lebih banyak peluang berbanding tuan rumah tetapi hanya mampu menjelmakan satu gol.

“Malaysia mencipta dua atau tiga peluang pada babak pertama tetapi berjaya menjaringkan dua gol, Lubnan pula mempunyai 10 hingga 15 peluang, tetapi hanya menyempurnakan satu gol,” kata Samir.

“Kami mempunyai lebih banyak peluang apabila Malaysia kehilangan seorang pemain, tetapi pasukan tuan rumah yang mendapat sokongan padu penonton bermain dengan semangat tinggi untuk mempertahankan kelebihan.

“Bagi saya secara keseluruhan, pemain saya beraksi baik sepanjang 90 minit, cuma kami banyak terlepas peluang menyamakan kedudukan.”


 
http://rostinimajin.blogspot.com

Khamis, 23 Jun 2011

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita



 
Malam pasangannya siang,

Jaga pasangannya tidur

Rajin pasangannya malas

Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah

pasangan kepada lelaki,

maka Allah telah menciptakan

bentuk badan wanita

itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat

,maka ia ada hubung kait dengan

nafsu.

Jika ia ada hubungkait dengan

nafsu,

ianya ada hubungan pula dengan

bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu,

mestilah dikawal dengan iman

.Untuk mendapatkan iman mesti

menurut perintah

Allah dan RasulNya dan menjauhi

laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini

adalah simbol.

Simbol apa, semua orang tahu.

Orang lelaki mempunyai imaginasi

yang nakal jika

tidak dikawal dengan iman.

Maka mata lelaki ini selalu

menjalar

apabila terlihat seorang

perempuan.

Setiap bentuk badan seorang

perempuan boleh dihayati oleh

seorang lelaki

dengan berbagai-bagai tafsiran

nakal nafsu.

Apabila seorang lelaki terlihat

seorang perempuan,

maka perkara pertama yang akan

dilihatnya ialah rambut wanita

berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2

cara oleh

seorang lelaki akan rambut wanita

berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib

menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah

ditutup, maka

mata lelaki itu akan turun ke

bawah melihat

bentuk lehernya,maka wajiblah

wanita itu menutup lehernya

.Maka mata lelaki itu akan turun

lagi

melihat bentuk payu daranya,

maka wanita itu berkewajipanlah

menutup bentuk

payu daranya dengan melabuhkan

tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan

turun lagi melihat

bentuk ramping pinggangnya,

maka labuhkanlah pakaian supaya

tidak ternampak

bentuk pinggangnya,

maka mata lelaki itu akan melihat

pula akan

bentuk punggungnya,

maka wajiblah wanita itu

membesarkan pakaiannya

agar bentuk punggung tidak

kelihatan, dan

lelaki itu akan pula melihat bentuk

pehanya,

maka janganlah sesekali wanita itu

memakai kain

yang agak ketat sehingga terlihat

bentuk

pehanya walau sedikit,

maka akan dilihat lagi oleh lelaki

itu akan

bentuk kakinya pula,maka

janganlah wanita itu berseluar,

kerana

terus-terang pihak lelaki bercakap,

walau

muslimah itu bertudung labuh,

berbaju labuh,jika beliau memakai

seluar,walau nampak besar

sedikit, nafsu kami lelaki akan

terusik secara

sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal,

setelah tidak ternampakkan

bentuk kakinya

,maka akan dilihatlah pula akan

mata lelaki itu kepada kakinya,

maka wajiblah wanita itu untuk

menolong lelaki

itu tidak berdosa,

menutup kakinya dengan

melabuhkan kain, atau memakai

stokin yg warnanya

jangan sesekali berwarna kulit

perempuan,

maka mata lelaki ini akan kembali

ke atas,

akan melihat pula bentuk tangan

wanita itu

,maka tolonglah wahai muslimah,

agar melabuhkan

tudung menutupi bentuk

tangannya yang indah pada

pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki

,janganlah pula kamu melihat

mukanya,

kerana ia akan menimbulkan

fitnah, kecuali jika

kamu wahai lelaki, ingin

meminangnya.

Jika wanita itu cukup soleh, takut

mukanya yang

cantik akan menimbulkan fitnah,

maka berpurdahlah kamu,jika itu

lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi

jenis

penyakit,iaitu mata

lelaki itu akan tertangkap dengan

sepontan jika

ia terlihat warna yang menyerlah

atau terangjika ianya berada pada

perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan,

tolonglah jangan

memakai pakaian yang warnanya

terang-terangan sangat

.Jika hendak pakai pun, pakailah

untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda

semua ingin tahu

apakah dia mata lelaki itu, dan

perlu

diingatkan, jika semua aurat telah

ditutup,

jangan anggap tugas kita telah

selesai, perlulah

pula kita menjaga kehormatan diri

masing2,

jangan keluar seorang2,keluarlah

dengan mahram,

atau keluarlah sekurang2nya 3

wanita agar

tidak diganggu gangguan luar,

mata lelaki pula

janganlah menjalar langsung

kepada muslimah

,walau muslimah itu telah

menutup aurat,

insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan

tundukkanlah pandanganmudan

jagalah kemaluanmu".Dunia

sekarang telah banyak yang cacat

celanya,sehingga ketaraf seseorang

yang memakai tudungmasih beliau

tidak menutup aurat, dan pada

kaum lelaki, mata kamu itu wajib

untuk tidak mencuri2 melihat

wanita muslimah, kerana

ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin

muslimat.

Sekilau-kilau berlian paling

menarik untuk dicuri..

Seindah-indah ciptaan adalah yang

paling sukar untuk dijaga …

wasalam

 copy paste, ustaq Ipu Ismail fb notes
(thanbihul Ghafilin)




http://rostinimajin.blogspot.com

Rabu, 22 Jun 2011

Selamat Hari Jadi Sayang....

Birthday Pictures, Images and Photos


Hari ini hari yang sangat istimewa buat insan tercinta...tercinta???....op kos la my hubby....hehehe...insan yang sentiasa bertakhta di dlm hati ku...
"abang...memandangkan cintamu ini belum bekerja lagi dan masih menunggu duit poket dari abang, so nampaknya abang kena keluarkan belanja dulu la yea...hehehe.....hadiah tu nanti cintamu dan anak-anak g cari tapi kena guna duit abang juga...hahaha"

Abang,...Selamat Ulang tahun kelahiran....
Semoga abang sentiasa dalam kesihatan yang sempurna...
Semoga Allah SWT sentiasa murahkan rezeki abang dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat kelak.....
Semoga menjadi suami dan ayah yang terbaik dalam keluarga kita...

Amin....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers




http://rostinimajin.blogspot.com

Riak Memusnahkan Pahala | I Love Islam ™


Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanyakan Baginda, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya, setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."


http://rostinimajin.blogspot.com

Selasa, 21 Jun 2011

Keajaiban gerhana bulan


Teks dan gambar Kusyi Hirdan
 
BUKAN semua teruja mahu menyaksikan gerhana bulan atau matahari. Mungkin kerana astronomi sering dikaitkan dengan sains dan tidak ramai yang meminati sains. Sebenarnya ilmu astronomi memberikan kita lebih kefahaman mengenai alam cakerawala selain mendekatkan kita kepada pencipta alam semesta, Allah s.w.t.

Sempena gerhana bulan penuh pada 16 Jun lalu, Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara dengan kerjasama Masjid Negara menjemput orang ramai bersama-sama menyertai program cerapan di pekarangan luar Masjid Negara. Penganjur menyediakan 10 teleskop bagi tujuan pencerapan di samping orang awam boleh membawa teleskop sendiri.


Gerhana ini berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama, bulan melintasi bayang bumi. Ia adalah gerhana bulan penuh terpanjang sejak kali terakhir ia berlaku pada 2000.

Setibanya penulis dan jurugambar sekitar jam 1 pagi, kami agak terkejut dengan deretan kereta di pinggir jalan dan kami perlu meletak kereta agak jauh. Ramai yang sudah datang. Sebaik tiba di pekarangan yang dikhaskan, ada hampir 1,000 orang daripada pelbagai usia masyarakat turut hadir, daripada kanak-kanak sehinggalah warga emas, lelaki dan perempuan.


Program tidak hanya mensasarkan aktiviti cerapan, tetapi juga solat sunat gerhana bulan (solat sunat Khusuf) diikuti khutbah yang disampaikan imam Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd Hosni bertajuk Pengukuhan Iman Melalui Peristiwa Gerhana Bulan.

Di dalam khutbahnya, Ustaz Ehsan mengingatkan umat Islam supaya percaya dan penuh yakin bahawa Allah s.w.t adalah pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya.

“Kita dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ketika berlaku gerhana supaya bersegera melakukan perkara kebajikan seperti berdoa, berzikir, bersolat, bertakbir, bersedekah dan menghindari melakukan perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya.

Ummul mukminin Saidatina Aishah berkata dalam riwayat al-Nasai yang mafhumnya: “Dan sesungguhnya sudah jelas cahaya matahari, maka Rasulullah s.a.w berkhutbah di hadapan orang ramai sambil memuji Allah s.w.t dan sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila kamu melihat terjadi gerhana matahari atau bulan, maka hendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhana dan bersedekah serta memperbanyak mengingati Allah.”

Sabda Nabi s.a.w: “Wahai umat Muhammad, jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu sedikit ketawa dan banyak menangis.”
Majlis bermula dengan pendaftaran pada jam 1 pagi dan berakhir jam 7 pagi.
Pengarah Bahagian Pendidikan dan Sains Angkasa, Azreena Ahmad, berkata jumlah yang datang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh tahun ini sangat memberangsangkan.

“Tahun lalu, acara cerapan gerhana bersamaan dengan sambutan tahun baru jadi waktu itu kami berharap khalayak yang menyambut tahun baru di Dataran Merdeka akan datang ke Masjid Negara.

“Kali ini sungguh menggembirakan kerana ramai yang turut serta walaupun tiada acara sampingan lain. Maklumlah kalau aktiviti jam 1 pagi seperti ini biasanya susah orang nak datang. Tetapi tahun ini kami terkejut dengan sambutan yang begitu menggalakkan,” katanya.

Menurut Azreena, penghayatan astronomi memang kebanyakannya berlaku pada waktu malam hingga ke pagi jadi bagi anak-anak yang berminat, kerjasama ibu bapa amat diperlukan. Ia sebenarnya elok dijadikan perkongsian waktu bagi sekeluarga. Ibu bapa datang membawa anak-anak bersama-sama.

“Kali ini ada beberapa pelajar sekolah yang turut serta untuk menyaksikan gerhana bulan bersama-sama kami. Mereka berehat di kawasan masjid dan membawa bersama beg dan baju sekolah.

“Mereka, pelajar tahun enam yang ditemani guru akan terus ke sekolah keesokan hari dan datang dihantar ibu bapa ke sini,” katanya.

Bagi pelajar sekolah, kata Azreena, tahap pengetahuan mereka mengenai astronomi agak tinggi kerana ia diajar di sekolah. Tetapi kemudian mereka jadi lupa kerana mungkin tiada minat.

“Diharapkan apabila mereka turut serta pada acara sebegini dan melihat gerhana dengan mata sendiri mungkin kenangan dan pengajaran yang didapati membuatkan mereka tidak mudah lupa. Di dalam kelas mereka hanya melihat gambar rajah saja. Fenomena ini akan mengingatkan semula pada apa yang kita pelajari,” katanya.
Kerana lupa dan tidak minat, kejadian gerhana sering disalah erti.

“Kami daripada bahagian pendidikan sains angkasa sedang menjalankan kajian mengenai masalah salah faham masyarakat terhadap pengetahuan astronomi. Kami sedang membuat kajian bersama-sama planetarium di negara lain di mana kami bertanya mengenai salah faham mereka dan kami buat perbandingan serta memikirkan cara terbaik untuk mengatasinya,” katanya.

Menurutnya, bidang astronomi, makmalnya bukan di dalam bangunan atau bilik tetapi di luar.

“Alam ialah makmal bidang astronomi. Saintis yang paling sabar ialah pengkaji bintang sebab ia bergantung kepada keadaan cuaca. Apabila hendak membuat sebarang perkara, bukan senang-senang mereka hendak meletak tarikh siap kerana cuaca memainkan peranan paling penting.

“Seperti malam ini walaupun cuaca berawan kita berharap dapat melihat juga perubahan bulan dari cerah ke gelap dan cerah kembali. Alhamdulillah, kami gembira melihat ada peningkatan masyarakat di bidang astronomi sekarang. Cuma kita harap mereka yang datang janganlah kecewa apabila tidak dapat melihat apa yang diharapkan kerana seperti yang saya kata tadi, cuaca memainkan peranan penting,” katanya.

Kali ini tambah Azreena, pertama kali pihaknya bekerjasama dengan unit falak jabatan mufti seluruh Malaysia.

“Ini membolehkan kami semua berkongsi imej yang dapat dilihat di setiap negeri. Kalau tak dapat di Kuala Lumpur, kami boleh tunjukkan imej dari tempat lain yang lebih jelas.

“Kami dapat tahu seluruh Semenanjung pun mengalami cuaca yang tidak jelas seperti di Kuala Lumpur kecuali dari Sabah yang sedikit jelas. Untuk gerhana ini dan Disember nanti, kami buka Facebook khas - Facebook Malaysia Lunar Eclipse bagi perkongsian bersama,” katanya.





http://rostinimajin.blogspot.com

Ahad, 19 Jun 2011

Hilang Pendengaran

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
Gambarajah dalam telinga
Gambarajah dalam telinga
pix_topright
PERNAHKAH anak anda mengadu sakit telinga atau menunjukkan cecair keluar daripadanya? Jika ya, jangan ambil mudah kerana anak anda mungkin terkena jangkitan telinga atau radang di bahagian telinga tengah.


Ia dipanggil otitis media iaitu penyakit telinga yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak berusia enam bulan hingga satu tahun. Ia penyakit kedua biasa berlaku selepas selesema.

Secara global, 83 peratus kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya sekali otitis media sebelum berumur tiga tahun dan 10 hingga 20 peratus kes membabitkan bayi berumur bawah 12 bulan.

Kajian mendapati 60 hingga 80 peratus kes otitis media berlaku di negara membangun, termasuk Malaysia yang disebabkan oleh bakteria.

Menurut Pakar Bedah ENT (telinga, hidung, tekak) dan Surgeri Kepala Leher, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr Samril Bokari berkata, otitis media terbahagi kepada dua iaitu otitis media dengan kehadiran cecair (OME) dan otitis media akut(AOM).

“Gejala AOM berlaku apabila jangkitan kuman pada saluran pernafasan atas mengakibatkan tisu hidung bengkak tersumbat dan dipenuhi cecair.


“Ia mengakibatkan fungsi pembersihan terganggu dan regulasi tekanan di bahagian telinga tengah menyebabkan jangkitan bakteria masuk dari bahagian belakang hidung ke telinga tengah.

“OME pula berlaku selepas beberapa minggu AOM disebabkan tiub eustachio tidak dapat berfungsi secara normal, menyebabkan tekanan negatif di telinga tengah, seterusnya berlaku rembesan cecair berterusan dari saluran kapilari darah ke dalam telinga tengah,” katanya sewaktu ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, kanak-kanak mudah terdedah kepada kuman atau organisma yang mengakibatkan jangkitan sama ada bakteria, virus mahupun fungus. Jangkitan virus menyumbang kepada 15 peratus daripada keseluruhan kes manakala jangkitan bakteria merangkumi majoritinya.

“Ada tiga jenis bakteria yang kerap menyerang iaitu streptococcus pneumoniae (25 hingga 50 peratus), haemophilus infuenzae (15 hingga 30 peratus) dan moraxella catarrhalis ( tiga hingga 20 peratus).

“Kanak-kanak lelaki lebih mudah dijangkiti berbanding perempuan. Selain itu, kurang menjaga kebersihan antara punca otitis media berjangkit,” katanya.

Otitis media harus diberi rawatan sewajarnya kerana ia boleh menjejaskan pendengaran kanak-kanak. Apabila pendengaran terjejas, proses pembelajaran juga menjadi perlahan.

Akibatnya kanak-kanak menghadapi masalah dalam bilik darjah, prestasi pelajaran merosot dan perkembangan sosialnya terbantut. Keadaan ini membuatkan kanak-kanak yang mendapat otitis media sering dilabel ‘lembap’.

Jika tidak dirawat segera, otitis media boleh menyebabkan komplikasi lebih serius seperti kehilangan pendengaran, kelumpuhan saraf muka, gegendang telinga berlubang, jangkitan telinga kronik (jika berlaku berulang kali), jangkitan merebak ke tulang belakang telinga, meningitis (keradangan selaput otak) dan kehadiran nanah atau sista dalam telinga.

Pencegahan awal adalah dengan memberi bayi susu ibu berbanding susu formula kerana ia menolong mengeluarkan imuniti kepada bayi yang mampu menghalang berlakunya otitis media yang disebabkan posisi ketika penyusuan ibu mampu meningkatkan tahap optimum fungsi tiub eustachio dibandingkan penyusuan menggunakan botol.
Faktor risiko
Ada beberapa faktor risiko utama otitis media iaitu:
l Sindrom Down
l Kanak-kanak yang tinggal di pusat jagaan kanak-kanak
l Kanak-kanak sumbing
l Umur — Kanak-kanak berumur enam hingga 18 bulan paling mudah mendapat jangkitan telinga. Masalah jangkitan telinga adalah masalah biasa bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur empat bulan hingga empat tahun
l Kanak-kanak ditempatkan dalam kumpulan besar seperti di pusat jagaan harian lebih mudah diserang selesema berbanding yang dijaga di rumah. Oleh itu mereka lebih mudah mendapat jangkitan telinga
l Terdedah pada asap rokok atau dibesarkan dalam persekitaran dengan kualiti udara rendah. Kanak-kanak yang terdedah kepada udara mengandungi asap rokok atau tercemar mempunyai risiko lebih tinggi mengalami jangkitan
l Kerap mendapat jangkitan saluran pernafasan atas (contohnya selesema)
l Sejarah keluarga. Jika anda, pasangan atau ada ahli keluarga pernah mendapat jangkitan telinga, bermakna anak anda juga berpeluang mengalami masalah sama
l Posisi badan ketika disusukan. Bayi yang menyusu dari botol sambil berbaring dikatakan lebih mudah mendapat jangkitan berbanding bayi yang menyusu dalam kedudukan badan tegak atau kedudukan kepala lebih tinggi dari badan. Justeru, pakar menyarankan ibu memberi susu badan secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan untuk menguatkan imun badan bayi dan mencegah masalah otitis media
Tanda
Oleh kerana kebanyakan kes berlaku pada kanak-kanak kecil yang belum tahu mengadu, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian kepada tanda ditunjukkan anak seperti:
l Anak menarik telinganya
l Anak menjadi cerewet dan kerap menangis
l Anak sukar tidur
l Anak enggan makan
l Demam (terutama bayi dan kanak-kanak kecil)
l Ada cecair meleleh daripada telinga
l Anak mengalami masalah keseimbangan
l Anak mengalami masalah pendengaran atau lambat bertindak balas terhadap bunyi perlahan
Rawatan
l Oleh kerana otitis media boleh menyebabkan pelbagai masalah, rawatan segera perlu diberi. Biasanya doktor memberi antibiotik untuk satu jangka masa pendek, terutama jika kanak-kanak masih kecil dan tidak sihat
l Selepas mendapat jangkitan telinga, bahagian tengah telinga anak anda mungkin mengandungi cecair selama beberapa minggu
l Dalam tempoh ini anak anda mengalami sedikit masalah pendengaran dan cecair dalam telinganya akan hilang dalam masa dua bulan. Jika masih menunjukkan gejala keresahan dan tidak mendengar dengan baik, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut
l Ini kerana kanak-kanak boleh mendapat beberapa kali jangkitan telinga dalam masa setahun. Bagaimanapun, jika masalah tidak berkurang selepas beberapa kali berjumpa doktor keluarga, minta supaya anak anda dirujukkan kepada pakar kanak-kanak atau pakar telinga
l Seperkara yang ibu bapa perlu ingat ialah, bukan semua pesakit otitis media memerlukan antibiotik. Doktor akan membuat pertimbangan sama ada anak anda memerlukannya atau tidak, dan jika tidak diberi, jangan meminta kerana antibiotik tidak berguna jika masalah disebabkan jangkitan virus
l Dalam keadaan tertentu — jika antibiotik tidak berkesan, doktor mungkin memasukkan tiub kecil pada telinga anak bagi membolehkan cecair yang terperangkap di belakang gegendang mengalir keluar
l Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana tiub ini akan keluar sendiri selepas satu tempoh dan gegendang telinga yang berlubang (kesan cucukan tiub) akan sembuh dan tertutup kembali. Pendengaran anak juga akan kembali normal
Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, jangkitan telinga berhenti apabila kanak-kanak membesar dan mereka mempunyai pendengaran baik. Namun kaedah paling baik ialah mencegah jangkitan daripada berlaku.
Pencegahan
Mencegah otitis media bermakna kita boleh mengurangkan masalah penghasilan bakteria yang ada daya ketahanan tinggi terhadap antibiotik; beban ibu bapa (daripada segi pengambilan cuti untuk menjaga anak sakit dan kos rawatan), beban sektor perubatan dan ekonomi masyarakat; kesakitan, kesengsaraan dan kesan sampingan yang ditanggung oleh kanak-kanak serta ibu bapa.
l Jika mempunyai anak yang mendapat jangkitan telinga, asingkan dengan anak lain hingga demam reda
l Pada masa sama, elak membawa anak yang dijangkiti berenang kerana ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk
Beberapa cara boleh dilakukan untuk mencegah jangkitan telinga seperti:
l Membawa anak mendapatkan suntikan vaksin. Doktor akan mencadangkan jenis vaksin yang boleh mencegah jangkitan telinga seperti vaksin untuk pneumokokal. Walaupun ia tidak memberi perlindungan 100 peratus, vaksin sangat berkesan mencegah jangkitan, terutama bagi serotype virus atau bakteria yang terkandung dalam vaksin berkenaan. Malah, ia penting untuk mengurangkan komplikasi teruk akibat jangkitan pneumokokal
l Memberikan vaksin mencegah selesema juga dianggap langkah baik kerana risiko mendapat otitis media meningkat jika kerap mengalami jangkitan saluran pernafasan
l Basuh tangan sekerap mungkin untuk mencegah pemindahan bakteria atau virus kepada anak
l Beri susu badan secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan. Elak menyusu anak sambil berbaring
l Jangan merokok di dalam rumah. Lebih baik, berhenti merokok. Banyak kajian menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa perokok lebih kerap mengalami jangkitan telinga
Selain itu anda boleh meminta doktor memeriksa telinga anak setiap kali ke klinik, juga menyarankan doktor keluarga untuk lebih peka mengenai gejala jangkitan telinga bagi membolehkan masalah telinga dapat dikesan lebih awal.




http://rostinimajin.blogspot.com

Sabtu, 18 Jun 2011

Bapa, Abah, Ayah.......

Apa-apa pun gelaran untuk mereka, sama- samalah kita mengucapkan "SELAMAT HARI BAPA" untuk semua bapa-bapa yang ada di dunia ini terutamanya di Malaysia khasnya untuk bapa ku "MAJIN BIN HJ.SUARAH"....Bapa....segala pengorbananmu selama ini tak kan terbalas...hanya Allah yang mampu membalasnya.....I LOVE U BAPA......I MISS U SO MUCH....



Untuk bapa mertua ku pula "OTHMAN BIN HAMID"....Abah..terima kasih semuanya....terima kasih kerana mendidik anakmu sehingga berjaya yang kini telah menjadi suamiku...ku sayang Abah....


"SELAMAT HARI BAPA" juga untuk suami tercinta "MOHD FAUZI BIN OTHMAN"....Semoga abang akan menjadi ayah yang Terbaik dunia akhirat hendakNya...Insya Allah....
ku mewakili anak2...(SELAMAT HARI AYAH.....KAMI SAYANG AYAH....)




Doa Ibu Bapa

Surah Ibrahim 41 
[41] Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. 

http://rostinimajin.blogspot.com

Dhilah

hai sayang....buat anak ibu (Nurul Fadhilah) , ibu nak ucapkan selamat menyambut umur 4 tahun 2 bulan yea sayang....ibu sayang kakak....kakak rajin2 belajar tau...




http://rostinimajin.blogspot.com

Jumaat, 17 Jun 2011

Ulangtahun

Ya Allah...Hanya tempat Engkau la ku panjatkan rasa kesyukuran....sudah 5 tahun usia perkahwinan ku dengan suami tercinta....saat ini air mata ku mengalir mengenang kembali saat-saat indah, kepayahan dan kesusahan, kegembiraan bersama suami mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan...


رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"
(Al-Baqarah : 201)

http://www.e-mosque.com.my/ibadatsunat/d01.html



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers


ana muslim Pictures, Images and Photos


http://rostinimajin.blogspot.com

Rabu, 15 Jun 2011

terima kasih

Followes



wan_cikgumuzik
  aseta
Ace Of Spades
sipetai
qamarguyz

Dianaa
ADAM
She's Gee

hiettah_anahiettah afibs

kotak bulat

terima kasih yea kawan-kawan yang menyokong aku dalam berblog ni...kalau takde no 1 maka tak de la no 2...so, aku tak pilih mana2 no biarpun no tu cantik...

salam persahabatan dariku untuk semua...

p/s~~~jom tengok blog dorang~~~

http://rostinimajin.blogspot.com

Ini la tempatnya



http://maps.google.com.my/maps?
 aku berasal dari Kota Belud Sabah bha...bajau gitu..hehehe...tapi sekarang kini ku menetap di luar kawasan Kota Belud....

ala biarpun diluar kawasan namun ku tak pernah lupa nak balik kampung halaman ku...rindu sesangat suasana kampung....dengan adanya pokok2 di sekeling rumah...seperti:


pokok pisang
kalau tengok gambar ni mesti ingat kat mak bapa....ni la pendapatan mak bapa kat kampung untuk besarkan anak2 seramai 13 orang...berapa la sangat harga pisang di pekan Kota Belud tu...syukur alhamdulillah, Allah masih memberi rezeki sampai sekarang...
sekarang anak2 dah besar dan ramai dah bekerja....ini la saat untuk membalas jasa titik peluh mak bapa yang membesarkan kita semua....

 pokok bambu
siapa tak kenal pokok ni pla?....hehehe...zaman aku kecik2 dulu banyak kat belakang rumah....berumpun-rumpun banyaknya....
banyak kegunannya pokok ni...antaranya apabila tibanya musim buah mempelam atau mangga....ui na...kanak2 la yang paling seronok....buah mempelam yang masih muda tu dikupas buang kulit dan biji..pastu masukkan dalam bambu yang tak tua sangat la tapi yang penting keras la....kemudian ambil bambu yang kecil agak2 boleh masuk dalam bambu yang ada buah mempelam tadi...pastu ketuk sampai buah tadi hancur...kemudian letak la bahan perisa sama ada garam ke, gula ke....hehehe...rindunya zaman kecik2 dulu...
6120a3146d40b116f7fdce66b94521d3

rebung
jeng..jeng..jeng...hahahaha....ini la sayur paling ku suka makan....ops...kecuali yang dah kena jeruk....(tak boleh makan sebab bau)...aku suka sangat makan kalau rebung masak rebus je...siap ada sambal belacan...ikan basung masak ampap......ui na...boleh lupa dunia kejap la....rebung rebung rebung.....

 
pokok ciku
banyak-banyak buah aku pernah jumpa kebanyakannya masak atas pokok...namun begitu buah ciku berbeza....apatahnya, buah ni perlu dibasuh dulu...kemudian keringkan dan simpan dikawasan yang kedap udara...agak2 dua atau tiga hari selepas dipetik baru dapat dimakan.....





 buah wani
ini adalah antara buah yang sangat kuat baunya....emmm..macam durian kot....sekali dua tercium sangat la wangi tapi kalau dah hari-hari tercium ui na menyakitkan kepala pla....hahaha...

baru-baru ni suami beli agak-agak 50 biji almaklum la sang suami pun suka sangat nak makan....sampai anak2 pun demam bha....
buat lauk makan pun sedap...letak cili padi dan ikan masin atau ikan bilis goreng...nyam nyam nyam...sedapnya.....

(belum ambik gambar la)
 buah membangan
kalau korang nak tau buah ni ada getah yang sangat bisa...hehehe...ada kenangan lagi tu...ala ni time budak2 dulu la...getahnya terkena pipi ku apa lagi na macam ada kurap pla yang melekat...ambik mu...tapi tu budak2 la...dah besar cantik la pla...(alamak terlebih sudah)....

setahu aku pokok ni masih ada sekarang di depan rumah ku di kampung....tengah berbuah kot....sedap kalau buat jeruk....

p/s~~~sesiapa yang nak datang ke kampung tu calling2 la...kami boleh bawakan...banyak yang menarik di Kota Belud...~~~
http://rostinimajin.blogspot.com

ubat pedas





korang kenal tak logo kat atas tu?...sapa tak kenal CNI kan....aku bukan nak buat kacau pun kat logo tu cuma aku nak tag kat blog yang produk ni pun aku kerap gunakan...aku suka guna kan produknya seperti:

CNI Fire-Sens Mentholated Rub


CNI Fire-Sens Mentholated Rub
RP(WM) RM7.70
RP(EM) RM7.70






gambar kat atas ni mesti ada dalam beg kalau nak jalan jauh....contohnya kalau nak balik kampung ke, melancong ke tempat lain ke....
ubat-ubatan ni kira penting juga la...ala sebagai persediaan je..mana la tau sakit perut ke, tulang terasa lenguh-lenguh ke....watever la...tapi aku yakin menggunakannya...

anak-anak pun dah kenal ubat ni...kalau ku minta tolong ambik kan ubat pedas ni la dalam otak fikiran dorang....memang pun pedas...berbalas kalau ada rasa sakit....hehehe


p/s~~~kalau nak tau tahap kepedasannya jom la cuba...harga pun berbaloi-baloi...hehehe~~~

http://rostinimajin.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...