ku di sini

Memaparkan catatan dengan label solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label solat. Papar semua catatan

Rabu, 14 September 2011

Solat Dhuha, Doa dan cara melaksanakan



Ruang waktu dan waktu afdal 
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya 
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


 
 
  
* Coretanku


Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…

Sabtu, 25 Jun 2011

Maksud atau Makna bacaan dalam solat


Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.

Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.




http://rostinimajin.blogspot.com

Fadhilat dan manfaat solat



Solat boleh dilakukan oleh semua orang. Selain sebagai tuntutan agama, amalan solat juga boleh member kita manfaat senaman minda dan jasmani, juga member kita jiwa yang tenang dan sabar. Pergerakan solat yang dilakukan berulang kali setiap hari mampu dan menghindar dari segala penyakit jasmani seperti lemah jantung, darah tinggi, sakit sendi, sakit tulang, sakit mata dan berbagai penyakit fizikal yang lain.
1. POSISI PERTAMA
Berdiri lurus dan kedua tangan di angkat ke atas.

FAEDAH
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan lebih focus. Pandangan mata ke tempat sujud , otot-otot atas dan bawah bahagian belakang terasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

2. POSISI KEDUA
Berdiri betul serta membaca Al-Fatihah dan Surah

FAEDAH
Menimbulkan konsentrasi minda. Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dalam bahasa arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang a,i,u merangsang hati, kelenjar gondok (thyroid), kelenjar pineal, ritunitary, kelenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tersebut.

3.POSISI KETIGA
Rukuk

FAEDAH
Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang. Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan lagi peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.


4.POSISI KEEMPAT
Iktidal- berdiri lurus selepas rukuk

FAEDAH
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa gaya rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa-sisa tubuh. Badan mendapat balik kerehatan dan melepaskan ketegangan.

5.POSISI KELIMA
Sujud

FAEDAH
Lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan mengelakkan perut buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya bahagian kepala (termasuk mata, telinga dan hidung) serta paru-paru. ‘Mental toxin’ minda dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita hamil. Membetulkan alat peranakan wanita. Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambah keanjalan sendi-sendi. Menghapuskan egoism dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam roh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan. Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.

6.POSISI KEENAM
Duduk di antara dua sujud

FAEDAH
Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan perut ke bawah.

7.POSISI KETUJUH
Sujud kedua

FAEDAH
Memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf. Memberikan keringanan pada badan kebahagiaan emosi. Pengoksidaan seluruh badan lebih sempurna. Sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

8.POSISI KELAPAN
Bangun semula dari sujud

FAEDAH
Peredaran darah kembali ke bahagian atas tubuh. Posisi ini membantu mengeluarkan keracunan (toksin) dari hati dan mengerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh. Ini memberikan kerehatan yang selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.



http://rostinimajin.blogspot.com

Solat Qada

Menurut hukum syarak, setiap solat fardhu yang ditinggalkan wajib diqadha' sama ada disebabkan lupa, tidur atau orang murtad yang kembali semula kepada Islam setelah murtad.

Dari segi istilah fuqaha, qadha' ialah sesuatu (ibadah) yang dilakukan selepas berlalu waktu tunainya untuk mendapatkan sebagaimana yang sebelumnya dengan melakukannya secara qadha' atau mengerjakan semula ibadat-ibadat yang tidak sah, atau yang tertinggal atau senghaja ditinggalkan pada waktu-waktu yang lain.

Dalil Hadis

Dari Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu , Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wassalam (s.a.w) bersabda:
Maksudnya : Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal solatnya ataupun terlupa mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan solat yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala (s.w.t) telah berfirman:"Dirikanlah solat untuk mengingati Aku". (Hadits riwayat Muslim)


Hukum harus mengqadha' solat itu bukanlah sebagai satu kelonggaran yang membolehkan seseorang itu meninggalkannya dengan senghaja sehingga luput waktunya walaupun berhasrat untuk mengqadha'nya pada waktu yang lain.

Adapun anggapan bahawa meninggalkan solat dengan senghaja dan boleh menggantinya pada waktu yang lain asal saja kewajipan itu tidak terus ditinggalkan atau dilupakan adalah satu anggapan yang salah.

Meninggalkan solat Fardhu

Orang yang meninggalkan solat tetapi tidak ingkar akan kewajipannya kadang-kadang disebabkan keuzuran yang diiktiraf oleh syara'. Kadang-kadang pula disebabkan oleh alasan yang bukan syari'e dan inilah yang sering berlaku. Sebab-sebab meninggalkan solat itu boleh dibahagikan kepada dua bentuk yang masing-masing ada kaitan dengan hukum, iaitu:
  • Pertama : Meninggalkan solat kerana keuzuran. Orang seperti ini tidaklah berdosa kerana terluput waktu solat bukan dengan kehendak atau kelalaiannya, akan tetapi wajib ke atasnya qadha' solat yang luput itu dan sunat disegerakan qadha'nya.
  • Kedua : Meninggalkan solat tanpa ada keuzuran seperti malas atau melalai-lalaikan sehingga luput waktunya. Maka orang seperti ini berdosa tanpa diragukan lagi.
Contoh meninggalkan solat kerana keuzuran atau tanpa disenghajakan itu seperti tertidur, terlupa dan seumpamanya sehingga luput waktu.

Namun apabila terbangun daripada tidur atau teringat daripada lupa, maka dia wajib melakukan solat tersebut kerana kewajiban solat masih lagi ditanggungnya.
Dalam sebuah hadits shahih , Abu Qatadah Radhiallahu 'anhu menceritakan mengenai dengan perjalanan mereka bersama Rasullullah Shallallahu 'alaihi wassalam .

Dalam perjalanan itu mereka keletihan lantas tertidur. Apabila mereka terbangun daripada tidur waktu solat sudah pun berlalu. Mereka bertanya sesama sendiri, apakah kaffarah yang mesti dibayar atas kelengahan mereka melakukan solat. Rasullullah Shallallahu 'alaihi wassalam mendengar bisikan mereka lantas bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya di dalam tidur tidak ada kelalaian. Sesungguhnya kelalaian itu ke atas seseorang yang tidak melakukan solat sampai habis waktunya.

Maka sesiapa yang melakukan demikian, segeralah dia solat ketika dia ingat akannya. Maka pada hari esoknya hendaklah ia menunaikan solat ketika waktunya. (Hadits riwayat Muslim)
Walaupun terdapat pengecualian dalam melaksanakan tanggungjawab solat bagi orang yang sedang tidur, ini bukanlah bermakna senghaja tidur atau ditidur-tidurkan untuk mengelak atau mencari helah daripada melakukan solat pada waktunya.


As-Sayyid Muhammad Abdullah al-Jurdani Rahimahullah dalam kitabnya Fath al-'Allam ketika bercakap mengenai tidur dan hubungannya dengan solat, beliau menyatakan adalah harus tetapi tidak digalakkan tidur selepas masuk waktu solat dan sebelum menunaikan solat, jika mengikut sangkaannya bahawa dia akan bangun dari tidurnya, sama ada bangun dengan sendirinya atau dikejutkan oleh orang lain, dan masih ada waktu untuk dia menunaikan solat.

Jika tidak, maka hukumnya adalah haram. Bahkan baginya dua dosa; dosa kerana meninggalkan solat dan dosa kerana tidur. Maka jika dia bangun dari tidur (sebelum tidur dia menyangka bahawa jika bangun dari tidur tidak ada waktu baginya untuk menunaikan solat) tetapi dia sempat mengerjakan solat, maka terangkat dosa meninggalkan solat. Manakala dosa yang wujud disebabkan dia tidur tidak akan terangkat kecuali dengan beristighfar.

Adapun meninggalkan solat tanpa uzur syari'e atau meninggalkannya dengan senghaja seperti melalaikannya sehingga masuk waktu yang lain adalah berdosa dan wajib baginya mengqadha' dengan segera solat yang luput itu.

Sibuk dengan apa urusan sekalipun bukanlah alasan untuk meninggalkan solat sehingga luput waktu, begitu juga dengan alasan tidak dapat melakukan solat kerana tidak mampu untuk berdiri atau rukuk atau lain-lain alasan kerana sakit.

Sakit tidaklah termasuk antara sebab-sebab yang membolehkan seseorang itu tidak menunaikan solat sebagaimana yang diriwayatkan daripada Imran bin Hushain Radhiallahu 'anhu , beliau berkata:
Maksudnya: Aku menghidap buasir, maka aku bertanya kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam tentang solat.

Maka Baginda bersabda: "solatlah berdiri, dan jika engkau tidak mampu, maka duduklah, dan jika engkau tidak mampu, maka solatlah dengan mengiring". (Hadits riwayat al-Bukhari)


http://rostinimajin.blogspot.com

Solat Isyak


Solat Isyak merupakan salah satu daripada solat fardu yang terdiri daripada 4 rakaat.

Waktu solat Isyak bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya.

Solat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.


Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.



http://rostinimajin.blogspot.com

Solat Maghrib


Solat Maghrib (Arab: صلاة مَغْرِب‎) merupakan salah satu daripada solat fardu. Solat ini terdiri daripada 3 rakaat. Solat Maghrib ialah solat harian ke-4 dalam Islam, dilakukan ketika senja.

Waktu solat Maghrib bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat.

Perkataan maghrib ialah istilah bahasa Arab bagi "matahari senja"; dari perkataan "gharaba|غَرَبَ", "untuk terbenam"; "akan disembunyikan" (tetapi ia tidak digunakan bagi bulan terbenam).


http://rostinimajin.blogspot.com

Solat Asar


Solat Asar merupakan salah satu daripada lima (5) solat fardhu yang diwajibkan ke atas umat Islam.

Solat fardu wajib ditunaikan oleh seorang Islam yang masih waras dan hidup.

Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Solat Asar terdiri daripada 4 rakaat. Waktu untuk bersolat Asar bermula selepas berakhirnya waktu solat Zohor, iaitu apabila tergelincir matahari sehingga bayang-bayang sesebuah objek lebih panjang daripada tinggi objek tersebut.

Manakala tamatnya waktu adalah apabila matahari terbenam di ufuk.


Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.



http://rostinimajin.blogspot.com

Solat Zuhur / Zohor


Solat Zuhur atau Solat Zohor merupakan salah satu daripada solat fardu adalah . Solat Zohor terdiri daripada 4 rakaat.

Solat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup.

Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Waktu untuk menunaikan solat Zuhur adalah bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga separuh ke kaki langit.

Sebelum solat Zohor, seseorang itu digalakkan bagi mengerjakan dua rakaat solat Sunat Rawatib.
Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.


http://rostinimajin.blogspot.com

Solat Subuh

Solat Subuh adalah satu daripada lima solat fardu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Solat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup.

Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Salah satu daripada solat fardu adalah solat Subuh. Solat Subuh terdiri daripada 2 rakaat. Bagi mazhab Syafie, solat subuh dilakukan beserta dengan doa qunut.

Waktu untuk menunaikan solat subuh atau solat fajar adalah bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang tersedia dianggarkan kira-kira 2 jam.

Sebelum solat subuh, seseorang itu digalakkan bagi mengerjakan dua rakaat solat Sunat Rawatib.

Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.

Mereka yang menunaikan solat subuh lewat sejurus waktu subuh, lazimnya digelar oleh masyarakat Melayu sebagai "subuh gajah".

Solat Subuh Yang Dibuat Selepas Waktu Atas Sebab Tidak Sengaja Seperti Tidak Terjaga

Jika solat Subuh dilakukan selepas terbit matahari atas sebab tidak sengaja seperti tidak terjaga daripada tidur, solat Subuh berkenaan sah dan tidak perlu diqada (ganti).

Ini kerana menurut hadis, sekiranya sesiapa tertidur dan terlupa solat hendaklah mengerjakan solat apabila dia terjaga atau teringat semula. Waktunya dikira ketika itu (Sabiq, Fiqh As Sunnah). Rujuk : Volume 1, Page 89a: Sleeping Through or Forgetting the Prayer [1] [2]


http://rostinimajin.blogspot.com

Waktu Solat Fardhu


 Solat Zohor

Waktu Zohor/Zuhur (ﻇﻬﺮ) bermula daripada gelincir matahari dari kedudukan tengah langit hingga bayang-bayang suatu benda menyamai panjangnya. Secara umumnya, zohor bermula apabila bayang-bayang sudah cenderung ke arah barat.

Solat Asar

Waktu Asar (ﻋﺼﺮ) bermula apabila sesuatu bayang objek melebihi kepanjangan sebenar sehingga matahari mula terbenam.
Haram menta'khirkan atau melewatkan solat asar sehingga tinggal waktu yang tidak sempat untuk dikerjakan.

Solat Maghrib

Waktu Maghrib (ﻣﻐﺮﺏ) bermula apabila matahari terbenam (hilang bentuk bulatannya) hingga hilang cahaya kemerahan di kaki langit.
Bagi kawasan atau negeri yang tidak hilang cahaya tersebut (kawasan seperti kutub), maka dikira kadar panjang atau tempoh yang sama bagi kawasan atau negeri yang berhampiran yang mengalaminya.

Solat Isyak

Waktu Isya'/Isyak (ﻋﺸﺎﺀ) bermula apabila hilang cahaya merah di kaki langit hingga terbit fajar sadiq. Waktu isya adalah waktu solat yang paling lama iaitu sepanjang malam.

Solat Subuh

Waktu Subuh (ﺻﺒﺢ) bermula dari naik fajar sadiq sehingga terbitnya matahari atau dikenali sebagai Syuruk.



http://rostinimajin.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...