ku di sini

Isnin, 16 Februari 2015

AMALAN CUKUR JAMBUL / BERGUNTING

pandangan ustaz hassan din

assalammualaikum wbt n 1 malaysia.....aku tetap mencari ilmu...dan ilmu ini juga boleh dimanfaatkan oleh mereka2 yang memerlukannya kemudian mengamalkannya...

amalan cukur jambul atau pun di daerah kami dikenali sebgai bergunting diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga...berpandukan kepada syariat islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan tidak selari dengan sunnah rasulullah saw.....malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakan india yang beragama hindu...


dalam islam, rasulullah saw bersabda,

"Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama."

( riwayat ahmad dan disahkan oleh turmudzi )

berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa rasulullah saw menggalakkan umat islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh....

kemudiannya, daging akikah tersebut diagih2kan kepada golongan fakir miskin....mengikut sunnah, apa yang dilakukan oleh baginda kepada cucunya, hasan dan husin apabila jatuh ke hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua...rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin....bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak...

bahkan, mengikut islam juga pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik...jelas pagawai agama istana negara, datuk abu hassan din al-hafiz...

apa kata ustaz hassan din?

menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkan ke lelangit bayi....

sebaliknya cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebgaimana yang disunahkan oleh rasulullah saw...

islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat...

sebahagian masyarakat islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak...sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun...tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa...

memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran islam, maka ulama berpendapat mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat...paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini....

mencukur jambul bayi hukumnya makruh kerana ia sejenis "qaza" yang dilarang oleh rasulullah saw [shahih al-bukhari, no:5920] "qaza" ialah mencukur sebahagian rambut di mana2 bahagian kepala sementara dibahagian lain rambut dibiarkan [fsth al-bari, jld. 28, ms. 832]

"qaza" dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang termasuk kepala bayi dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan islam....sekalipun hukumnya makruh, mana2 ibubapa yang beriman kepada Allah swt lagi mengharapkan keredhaanNya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah saw....

selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi..praktik ini tidak memiliki apa2 manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya...

http://rostinimajin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...