ku di sini

Isnin, 12 Januari 2015

PELAJARAN RENDAH

PELAJARAN RENDAH

Sekolah sudah bermula hari ini setelah 1 minggu ditangguh akibat banjir di semenanjung Malaysia...Alhamdulillah..anak2 terlalu teruja untuk masuk ke kelas baru..almaklum la cuti panjang sangat...tapi hari ini semuanya Allah permudahkan bagi aku menguruskan orang2 yg aku syg...

ini la tahap pelajaran anak2ku bagi tahun ini...


PELAJARAN RENDAH
Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah.
Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.
Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Ujian tersebut menguji:-
  • Penguasaan kefahaman, penulisan dan lisan bagi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  • Penguasaan kemahiran matematik
  • Penguasaan konsep sains

TAHAP 1 - Tahun 1 - 3

PRASEKOLAH ( MUHAMMAD DANISH )

Komponen:
  1. Bahasa dan Komunikasi
  2. Perkembangan Kognitif
  3. Kerohanian dan Moral
  4. Perkembangan Sosioemosi
  5. Perkembangan Fizikal
  6. Kreativiti dan Estatik

SEKOLAH RENDAH ( NURUL FADHILAH )

Mata Pelajaran Teras:
  1. Bahasa Melayu
  2. English Language
  3. Bahasa Cina (SJKC)
  4. Bahasa Tamil (SJKT)
  5. Mathematics
  6. Science
  7. Pendidikan Islam
  8. Pendidikan Moral
Mata Pelajaran Wajib:
  1. Pendidikan Jasmani
  2. Pendidikan Kesihatan
  3. Pendidikan Seni Visual
  4. Pendidikan Muzik
Mata Pelajaran Tambahan:
  1. Bahasa Cina Komunikasi
  2. Bahasa Tamil Komunikasi
  3. Bahasa Arab Komunikasi
  4. Bahasa Iban (bermula tahun 3)
  5. Bahasa Semai (bermula tahun 3)

semoga anak2 ibu menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat...ibu xkan berhenti berdoa untuk kejayaan mereka...aku sayang mereka...anak2ku, ingat la pesan ibu...walau di mana kamu berada, ingat la ibu sentiasa...ibu sayang kamu sangat...
( aku taip 4hb feb )


http://rostinimajin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...