http://rostinimajin.blogspot.com
Khamis, 18 Ogos 2011
4 tahun 4 bulan
http://rostinimajin.blogspot.com
Khamis, 11 Ogos 2011
1 tahun 8 bulan
perangai pun dah makin menjadi-jadi...Alhamdulillah...Allah sentiasa memberi kesihatan yang sempurna buat anak ku ini...aku doakan semoga anakku ini akan menjadi insan yang berguna kepada bangsanya, agamanya dan negaranya...Insya Allah...
http://rostinimajin.blogspot.com
Isnin, 25 Julai 2011
myMetro | Emosi ibu bapa pengaruhi anak
DEKATI MEREKA...kanak-kanak tidak pandai menggambar emosi tetapi ia jelas melalui riak wajah mereka.
BIMBING...kekerapan bersama anak akan memupuk pembesaran yang sihat.
APABILA tersiar berita wanita Malaysia menduduki tangga ke-16 paling tertekan di dunia, sana sini orang membincangkan isu berkenaan.
Tetapi tahukah kanak-kanak juga mengalami tekanan terutama jika ibu bapa kurang memberi perhatian kepada mereka?
Mungkin ramai ibu bapa tidak sedar bahawa masa yang mereka luangkan untuk anak-anak sebenarnya sangat singkat. Mungkin juga ada ibu bapa kurang bersetuju dengan kenyataan ini, tetapi cuba renungkan, berapa lama masa yang anda luangkan untuk benar-benar bercakap dengan anak?
Adakah kemungkinan masa yang anda peruntukkan bersolek dan menggayakan pakaian
di depan cermin atau bersembang dengan kawan di kedai kopi lebih lama berbanding anda bercakap dengan anak-anak?
Mungkin ada yang menggelengkan kepala menandakan tidak. Jika difikir logik, memang tidak mungkin kita menghabiskan masa untuk diri sendiri lebih lama daripada bersama anak-anak namun inilah hakikatnya.
Malah, ada ibu bapa tidak tahu mengenai pengalaman baru yang dilalui di sekolah atau pusat penjagaan kanak-kanak.
Dalam satu kajian pada 1989 hingga 1990 mendapati purata masa yang diluangkan bapa di Australia untuk bercakap dengan anak hanyalah 10 minit.
Jangan geleng kepala dulu kerana dalam kajian ke atas 10,000 ibu bapa termasuk
di Malaysia pada 1990 hingga 1992, masa yang diluangkan ibu (suri rumah) untuk benar-benar bercakap dengan anak hanyalah lima minit sehari manakala masa yang diambil oleh bapa di Malaysia hanyalah dua minit sehari! Ibu bekerja meluangkan masa lebih lama untuk bercakap dengan anak-anak iaitu lapan minit - mungkin ini disebabkan kesedaran memperuntukkan masa berkualiti bersama anak.
Menurut Perunding Psikologi Klinikal, Paul Jambunathan, tanpa disedari ramai ibu bapa ‘merelakan’ anak mereka membesar dengan pembantu rumah.
Tanpa disedari juga, kebanyakan pembantu rumah yang menjadi ‘dunia’ kepada anak-anak kita lebih memahami emosi mereka.
“Kanak-kanak juga ada banyak emosi, sama seperti orang dewasa. Kanak-kanak yang kurang kasih sayang akan menjadi individu dewasa yang kurang normal hidupnya.
“Mereka akan cepat putus asa, tidak dapat memberikan sentuhan yang mententeramkan kepada pasangan atau anak-anak mereka kelak.
“Kanak-kanak akan sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan perhatian ibu bapa. Mereka mahukan belaian, pelukan, kasih sayang dan pujian daripada ibu bapa. Apa yang membimbangkan ialah apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan daripada kekosongan jiwa anak-anak ini dengan mencabul mereka. Mereka memberikan ‘sentuhan kasih sayang’ dalam cara yang salah.
“Malah, jika sebarang kejadian tidak elok berlaku termasuk pergaduhan antara emak dan ayah, anak-anak terutama yang masih kecil akan menyalahkan diri sendiri kerana beranggapan merekalah punca masalah berkenaan,” katanya dalam Forum Kanak-kanak 2011 anjuran bersama Pertubuhan Kanak-kanak Bersatu Malaysia (Uncom) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Kanak-kanak tidak pandai menggambarkan emosi mereka dengan kata-kata, tetapi ia boleh dilihat dengan jelas melalui perubahan riak muka dan perlakuan.
Namun jika ibu bapa tidak rapat dengan anak, mereka mungkin tidak dapat mengesan perubahan ini.
Sudahlah kurang memahami emosi anak, apabila diminta menyenaraikan keadaan emosi - kebanyakan ibu bapa memberikan emosi yang negatif.
Inilah sebabnya yang selalu membuatkan kita berfikiran negatif sehingga terbawa-bawa apabila bercakap dengan anak.
Emosi dan proses pembelajaran
“KANAK-kanak yang ceria dan gembira boleh belajar dengan lebih baik, sebaliknya kanak-kanak yang selalu dalam keadaan sedih kurang menunjukkan minat untuk belajar. Malah, komunikasi mereka juga akan bersifat negatif.
“Emosi ibu bapa akan mempengaruhi anak-anak. Inilah sebabnya ibu bapa perlu bijak mengawal emosi mereka ketika bersama anak.
“Jika emosi anda negatif, anak-anak akan merasa kesannya. Secara tidak langsung mereka juga akan berasa tidak seronok walaupun ibu bapa ada bersama,” katanya.
Dalam kajiannya pada 1992 hingga 1992, Jambunathan mendapati kanak-kanak belajar perbendaharaan emosi atau perkataan yang menerangkan emosi melalui pengalaman.
Ini bermakna ibu bapa perlu memberitahu perkataan yang betul bagi setiap keadaan emosi seperti seronok, gembira, suka, sedih atau hampa.
“Jika tidak diajar, anak-anak tidak pandai untuk luahkan emosi atau perasaan mereka.
“Kanak-kanak yang tidak dapat melahirkan perasaan mereka dengan baik tidak membesar dengan sempurna,” katanya.
Memberi peluang anak bercakap dalam perbualan keluarga sebenarnya boleh membantu meningkatkan kemahiran mereka berkomunikasi.
Kajian penyelidik ke atas 150 kanak-kanak di bawah Program Penyelidikan Pendidikan Majlis Belanda selama beberapa tahun mendapati mereka dapat menjawab soalan yang diajukan guru dalam kelas dan mampu mematuhi arahan dengan baik.
Peluang bercakap setiap hari (atau hampir setiap hari) secara serius dengan bapa sebenarnya menggembirakan anak-anak. Remaja Britain memberikan diri sendiri skor 87 peratus dalam skala kegembiraan berbanding hanya 79 peratus di kalangan remaja yang jarang bercakap dengan bapa mereka.
Inilah penemuan daripada soal selidik isi rumah rakyat Britain ke atas 1,200 remaja berumur 11 hingga 15 tahun yang dijalankan Universiti York. Ia mendapati hampir separuh responden (46 peratus) berkata sangat jarang bercakap dengan bapa mengenai perkara penting. Kurang daripada 31 peratus responden bercakap dengan ibu hampir setiap hari tetapi hanya 13 peratus yang meluahkan masalah mereka kepada bapa.
Kekerapan bercakap dengan bapa terutama membabitkan perkara penting semakin kurang apabila remaja meningkat dewasa. Data menunjukkan di kalangan kanak-kanak 11 tahun, 42 peratus bercakap lebih sekali seminggu dengan bapa berbanding hanya 16 peratus di kalangan remaja berusia 15 tahun. Keputusan ini lebih kurang sama dengan kajian terdahulu.
Malah, ada penyelidik berpendapat bagi kanak-kanak sekolah rendah, ibu bapa menjadi ‘aset’ terbesar sepanjang waktu persekolahan.
Ini kerana pencapaian akademik anak mempunyai kaitan rapat dengan pembabitan ibu bapa dalam aktiviti sekolah.
Pembabitan ini bukan sekadar membantu anak menyiapkan kerja sekolah, malah menjadi sukarelawan dalam sebarang aktiviti sekolah juga didapati mampu meningkatkan keyakinan dan pencapaian anak dalam pelajaran.
Keselamatan kanak-kanak di rumah
KESELAMATAN di rumah juga sangat penting untuk menjinakkan hati anak-anak.
Gejala lepak berlaku kerana anak-anak berasa tidak selesa di rumah sendiri yang boleh disebabkan pelbagai faktor seperti keadaan rumah sempit, bising atau tekanan daripada ibu bapa.
“Anak-anak berasa selesa ketika melepak kerana mereka diterima oleh kawan. Mereka boleh berkelakuan mengikut kehendak sendiri berbanding ketika bersama ibu bapa. Inilah sebabnya ibu bapa perlu ‘buka telinga’ untuk anak, hanya dengan cara ini barulah kita akan nampak apa yang mereka inginkan,” katanya.
Ibu bapa juga perlu sentiasa mengawal emosi. Pamerkan emosi negatif (seperti marah) pada waktu dan individu yang sepatutnya. Contohnya jika anda marah pada seorang anak, usah babitkan anak yang lain dan pastikan dia tidak dimarah
di tempat awam atau di hadapan kawannya.
“Ibu bapa yang memukul anak biasanya tidak berfikir terlebih dulu. Jarang ibu bapa berhenti sejenak, berfikir dan berkata ‘Ayah/ibu marah dengan sikap awak (nama anak).’
Beri masa kepada diri sendiri untuk berfikir sebelum memukul anak.
“Biasanya anak akan faham dan jika diberi peluang (dengan menunjukkan perlakuan yang betul), mereka belajar untuk tidak mengulangi kesalahan sama.
“Ibu bapa di Malaysia akan marah apabila anak bertanya perkataan yang tidak elok maksudnya seperti bangsat atau perkataan lain yang ada unsur seks.
“Jangan marahkan anak, sebaliknya tanya dari mana mereka dengar perkataan itu kemudian cuba terangkan secara ringkas supaya mereka faham.
“Lebih baik jika anda dapat berikan contoh mengapa perkataan itu perlu dielakkan. Mereka sebenarnya dalam proses belajar dan ibu bapa perlu terima hakikat bahawa sebahagian besar perbendaharaan kata anak-anak datang daripada persekitaran,” katanya.
Selain itu, wujudkan suasana positif di rumah. Contohnya, apabila anak balik dari sekolah, jangan terus terpa telinga mereka dengan arahan tertentu seperti ‘masukkan stokin dalam bakul’ atau ‘susun kasut di rak’ kerana anak akan mendapat emosi negatif.
Alu-alukan kepulangan anak supaya dia berasa senang hati. Ini boleh dilakukan dengan memberi pujian atas kerelaannya ke sekolah, balik tepat masa dan tidak merayau sebelum balik ke rumah, kemudian barulah boleh memberikan arahan.
Bagaimana membantu anak anda menguasai perbendaharaan emosi:
Panduan berkomunikasi dengan anak
CARA Nabi Muhammad s.a.w melayan anaknya sangat istimewa.
Apabila puterinya, Fatimah Az-Zahra datang ke rumah, Rasulullah menyambutnya dengan bangun, memegang tangan, mencium dan memberikan tempat duduknya kepada Fatimah.
Layanan seperti ini akan meninggalkan kenangan manis yang akan dikenang sepanjang hayat berbanding memberikan hadiah.
Malah, ia juga akan membuatkan anak berasa lebih dihargai dan disayangi. Jadi anak-anak perempuan khususnya tidaklah mudah terpikat dengan pujian dan kata-kata manis lelaki lain.
Masalah yang dihadapi kebanyakan bapa (khususnya) ialah tidak tahu apa yang perlu disembangkan dengan anak. Panduan di bawah mungkin boleh membantu anda:
Pilih masa yang sesuai untuk bercakap dengan anak iaitu ketika dia berasa selesa. Sesetengah kanak-kanak tidak sabar hendak bercerita sebaik balik dari sekolah, ada yang boleh tunggu hingga malam ketika kedua-dua ibu bapa ada di rumah.
Namun menurut Jambunathan, jika anda tidak mampu mengawal perlakuan anak, dapatkan bantuan daripada doktor atau pakar psikiatri. Mereka akan bantu anda untuk mengenali sikap anak-anak kerana hampir 70 peratus suara anak-anak tersimpan dalam hati.
http://rostinimajin.blogspot.com
Sabtu, 23 Julai 2011
Hari mewarna

apa lagi anak ku pula menangis....biasala kan ni la pertama kali dia melibatkan diri bersama orang ramai...macam-macam perasaan dia kot...hehehe..tapi aku kan ada sebagai ibu dan pendorong tetapnya...kejap je perasaan takut tu...
apa kes pla gambar di atas ni???....
emmm....syukur alhamdulillah...anak ku bertuah mendapat hamper melalui cabutan no bertuahnya iaitu no 250....tapi tengok la gelagat adiknya..hehehe...kakak yang dapat hadiah dia pun nak juga berebut...baik la time tu hamper tak terkoyak kalau tak malunya aku....isk isk isk....
ok la, mudah-mudahan kita semua akan berjumpa tahun hadapan dalam program yang sama yea....bye jumpa lagi....
Khamis, 21 Julai 2011
manusia, malaikat & syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
...
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....tinggal aje solat tu time senang buatlaa....
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patut ke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 biar je disini..kalo boleh delete je..
http://rostinimajin.blogspot.com







