ku di sini

Isnin, 4 Julai 2011

Penghayatan agama kian tipis


KUALA LUMPUR: “Kurangnya didikan dan penghayatan mengenai agama di kalangan umat Islam menyebabkan fenomena keruntuhan rumah tangga begini kerap berlaku,” kata Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Maznah Daud.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Metro Ahad semalam mengenai nasib seorang wanita, Norsiah Ramli, 33, yang diceraikan suaminya selepas banyak kali bertengkar gara-gara perbuatan bekas suaminya itu yang suka berfoya-foya dengan melanggan pelacur dari negara seberang.

Tidak cukup dengan itu, sewaktu perkahwinannya, dia selalu menjadi mangsa terajang dan dera bekas suami apabila belang sebenar perbuatan lelaki itu diketahui olehnya.
Maznah berkata, lelaki berkenaan bersikap zalim terhadap bekas isterinya dan tidak terkecuali anak-anak turut menerima nasib sama.

“Lelaki itu sudah melakukan penganiayaan terhadap isterinya sewaktu mereka masih sah bergelar suami isteri dan dalam Islam, si suami mahupun isteri sudah diberikan tanggungjawab tertentu untuk dilaksanakan mengelakkan hal sebegini terjadi.

“Kedua-dua pihak perlu memahami tanggungjawab masing-masing dan mengawal diri daripada melakukan perkara dilarang di sisi agama untuk kebaikan bersama,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, dengan status perceraian Norsiah yang masih ‘tergantung’ berikutan tiada pendaftaran secara sah dilakukan, dia akan menghadapi kesulitan bagi meneruskan hidup seperti sedia kala serta menjadikan memori lampau terus menghantui dirinya.

“Jika seorang suami melafazkan talak terhadap isterinya, maka talak sudah jatuh dan terputuslah hubungan suami isteri tadi,” katanya.
“Apabila perceraian itu tidak diisytihar dengan pendaftaran secara sah dilakukan, tiada bukti yang dapat membuktikan perkara itu berlaku seterusnya akan menyakitkan dan menyusahkan si isteri sekiranya mahu melakukan hal rasmi,” katanya.

Menurutnya, sebagai permulaan, Norsiah perlu mendapatkan pertolongan daripada keluarga kerana keluarga adalah insan yang paling dekat dan mungkin mampu membantunya.



http://rostinimajin.blogspot.com


Sabtu, 2 Julai 2011

Mendisiplinkan anak perlu ketegasan

Oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad
ANAK cemerlang sama ada dalam pelajaran, kokurikulum dan sukan adalah mereka yang disiplin.
Ramai ibu bapa gagal mendi-siplinkan anak mereka dan tidak sedar pentingnya perkara itu.

Mendisiplinkan anak memerlukan ketegasan, komitmen dan kebiasaan ibu bapa sendiri. Apabila kita tegas dan anak tahu yang kita serius, mereka akan akur dan berusaha mematuhinya.

Usah jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul sedang diri sendiri tidak betul.


Berikut beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam mendisiplinkan anak:


  • Pastikan mereka tiba awal ke sekolah. Sikap tidak kisah ibu bapa, akhirnya anak didenda pengawas. Ini pasti mengganggu emosi anak dan menyebabkan mereka ponteng kerana takut atau malu masuk ke sekolah.

  • Jejaki anak anda selepas sekolah. Kebanyakan sekolah harian, waktu persekolahan tamat tengah hari sedangkan ibu bapa bekerja hingga jam 5 petang.

    Dalam masa beberapa jam tanpa kawalan itu, anak boleh lakukan pelbagai perkara. Sesekali lakukan pemeriksaan mengejut dengan balik ke rumah awal untuk pastikan aktiviti anak. Jejaki di mana mereka dan
    siapa kawan mereka.

  • Pastikan mereka hadir di sekolah, kelas tuisyen dan kelas agama. Sibukkan diri anak selepas waktu persekolahan dengan menghantar mereka ke kelas tuisyen dan kelas agama.

    Ini membolehkan kita tahu di mana mereka. Periksa dengan guru tuisyen dan agama sama ada anak kita hadir atau tidak. Jangan percaya bulat-bulat cakap anak.

  • Semak beg dan laci anak. Sesekali cuba semak beg dan laci anak dan
    tengok apa di dalamnya. Mereka mungkin menyimpan video lucah atau rokok.

  • Pastikan mereka siapkan tugasan dan kerja sekolah. Namanya pun ber-sekolah jadi pasti ada kerja rumah.

  • Jangan terlalu percaya apabila anak berkata tiada kerja rumah. Lama-kelamaan anak terbiasa dengan tidak me-nyiapkan kerja sekolah. Ini membuatkan mereka tidak faham apa yang dipelajari dan keputusan peperiksaan merosot.

  • Aturkan masa belajar dan masa rehat. Didik mereka konsep pengurusan masa. Mereka perlu tahu waktu belajar, main, menonton TV, Internet, beribadah dan santai.

  • Latih anak dirikan solat di awal waktu. Disiplin anak bermula dengan bagaimana mereka mengerjakan solat.

    Jika suruhan Allah dilewatkan dan diabaikan, sukar mereka mematuhi suruhan manusia. Biasanya anak memberatkan akan kepentingan solat ini. Lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan.

  • Dalam mendisiplinkan anak, ibu perlu adil antara seorang anak dengan yang lain. Jangan anak A perlu berada di rumah sebelum jam 6 petang tetapi anak B, dia balik jam 7 malam, kita masih mendiamkan diri. Ini mungkin menyebabkan anak protes.

  • Dalam mendisiplinkan anak, keseragaman arahan dan peraturan antara ibu dan bapa penting. Ibu kata masuk tidur jam 10 malam, tetapi si ayah suruh jam 11 malam. Mana satu anak nak ikut? Akhirnya mereka ikut masa mereka sendiri.

    Anak yang bermotivasi akan lebih mudah untuk berdisiplin....



  • http://rostinimajin.blogspot.com

    Jumaat, 1 Julai 2011

    jom hiburkan hati jap...


    Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
    Kuih salah bikin.

    Binatang ape power Karate?
    Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

    Siape yang menemukan dompet kulit?
    Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

    Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
    Pintu yang ade tulis 'TARIK'

    Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
    Pembohong...

    Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
    Usus

    Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
    Kutu rambut

    Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
    Neneknye si katak

    Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
    Sbb lelaki ni kan 'buaya'

    Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
    Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
    Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

    Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
    Dua-dua tak kenal korang...hehe

    Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
    Tukang gali kubur

    Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
    Tahi hidung

    Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
    Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

    Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
    Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

    Gajah terbang dengan ape?
    Dengan susah payah......  
    Share this lawak:~~~apa pun org nak cakap (ciplak ke, copy paste ke,)...aku suka lawak...jommmm cari kat goggle lagi yuk....

    http://rostinimajin.blogspot.com

    Isnin, 27 Jun 2011

    Dipererlihat 10 seksaan wanita


    KETIKA peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w dibawa menaiki buraq menuju ke Kaabah untuk proses pembersihan hati.

    Nabi Muahammad s.a.w turut mengalami pelbagai peristiwa, antaranya dada Baginda dibedah malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dada Rasulullah.

    Selepas itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimun nubuwwah". Selesai pembedahan, baginda menaiki Buraq meneruskan perjalanan luar biasa itu. Semasa perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, sepanjang perjalanan itu Rasulullah diiringi malaikat Jibrail dan Israfil.
    Tiba di tempat mulia dan bersejarah Rasulullah diarah Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat.

    Antara tempat-tempat berkenaan ialah negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu daripada Allah serta Baitul-Laham iaitu tempat Nabi 'Isa a.s dilahirkan.

    Dalam perjalanan itu, Baginda menghadapi gangguan jin ifrit dengan obor api. Peristiwa itu memperingatkan kepada kita syaitan dan iblis tidak jemu menyesatkan dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.


    Dalam perjalanan Rasulullah ke Masjidil Al-Aqsa, Baginda melihat beberapa gambaran antara langit dan bumi. Antara pelajaran yang dapat diambil dari peristiwa itu ialah mengenai wanita.

    Rasulullah s.a.w melewati satu daerah yang mana baunya sangat harum seperti bau kasturi. Baginda bertanya kepada Jibril, daerah apakah yang sedang mereka lewati. Jibril menjawab: ''Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.'' Dia adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah yang kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah memiliki semangat dan jiwa keIslaman kuat hingga mampu mengenepikan keangkuhan Firaun.

    Kerana kekejaman Firaun, dia dan yang lainnya terpaksa menyembunyikan keimanan mereka. Pada suatu hari, ketika Masyitah menyisir rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, dia menyebut nama Allah. Ketika sang puteri mendengarnya, bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu? Masyitah pada awalnya enggan menjawab, tetapi setelah didesak berkali-kali, dia akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

    Puteri itu mengadu hingga menyebabkan Firaun sangat marah mengetahui Masyitah menyembah tuhan selain dirinya.
    Masyitah dipaksa Firaun agar mengakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan. Tetapi dengan penuh keberanian dia berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah." Kata-kata tersebut menimbulkan kemarahan Firaun. Lalu dia memerintahkan menterinya, Hammam, agar membuat patung sapi dari tembaga dan diisi minyak untuk merebus Masyitah dan keluarganya.

    Ketika tiba giliran bayinya dimasukkan ke patung sapi, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada keinginan Firaun kerana sangat sayang kepada anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah terjadinya kejadian luar biasa.

    Secara tiba-tiba bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di jalan yang benar." Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan ''Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa''. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.

    Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini diperingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk dan Mikraj. Dalam perjalanan terbabit Baginda diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita hingga Rasulullah s.a.w menangis apabila mengenangkannya. Di antaranya perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya dari pandangan lelaki lain.

    Seksaan lain ialah perempuan yang digantung dengan lidah, tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan perkataan.

    Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa izin dari suaminya.

    Ada pula perempuan yang diikat kedua kakinya serta kedua tangannya sampai ke ubun-ubun, dililit oleh beberapa ekor ular dan kala jengking. Itu adalah balasan kepada perempuan yang mampu solat dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak wuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mandi bersuci setelah haid dan nifas. 

    Baginda kemudian melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sedangkan di bawahnya ada api yang menyala. Golongan itu adalah perempuan yang berhias agar dilihat oleh lelaki lain dan suka menceritakan keburukan orang lain. 

    Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka membanggakan diri sendiri agar orang melihat perhiasannya. 

    Selain itu, baginda turut menyaksikan seksaan terhadap perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai. Mereka suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

    Ada juga perempuan yang Baginda lihat, wajahnya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya. Ia adalah akibat daripada perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.


    http://rostinimajin.blogspot.com
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...