ku di sini

Khamis, 1 Januari 2015

TAHUN 2015

Alhamdulillah...syukur Ya Allah....
ini coretan yang lalu..1hb Januari 2015 punya cerita...( aku taip 4hb feb )..
hari ini cuti sempena tahun baru 2015...opppsss...aku xsambut tau...emmm...sekolah pun tinggal beberapa hari lagi nak bermula...so..en suami yang tercinta ajak kami sekeluarga pergi bercuti...kemana??..Pulau Labuan la....
( malam tahun 2015 ) bertuahnya jadi pelancong hari ini....mesti la bertuah sebab di Pulau Labuan dorang xsambut ambang merdeka dgn bunga api tau...tapi dengan berselawat ke atas nabi..Malam Cinta Rasul...
ini la keadaannya malam tu...tapi keadaan tidak menizinkan aku, encik suami tercinta dan anak2 duduk lama sebab anak kecilku xberapa sihat...demam...xpe la sayang..lain kali IN SHAA ALLAH, kita pergi lagi ke tempat2 mcm ni ya...jom kita rehat....

di sini la kami sekeluarga rehat...Hotel Ambassaddor 1..sesiapa yang nak bercuti ke labuan tu cuba la menginap di sini...murah..ada wifi..serba ok la...pasar malam pun xjauh...hehehe...abang, terima kasih bawa kami menginap di sini ya...

1hb juga kami balik ke Tanah Besar...tiket semua dah beli...pagi2 dah hjn..alhamdulillah..hujan rahmat...pagi tu juga ci cinta ku keluar untuk belikan kami sarapan...cukup la adanya soto ceria...alhamdulillah...kenyang...tapi cintaku xikut sarapan...dia keluar nak jumpa kawan bekas ttempat kerja lamanya...klu xsilap c Azizi, c Hassan dan ada lagi la yang aku  xingat nama...

jam 10 lebih hujan masih turun...rancangan aku dan suami nak htr c abg ke kedai gunting rambut..tapi xkesampaian...jam 10 lebih juga suami balik dari berjumpa dengan kawan2nya...kemudian kami kemas2 apa yang patut sebab kejap lagi dah nak check out dah...sblm jam 12tgh kami kluar hotel...terima kasih...jumpa lagi...
sarapan pun sdh...check out hotel pun sdh...pasni cuci2 mata pla kat pasar baru Labuan...abang, ayang minta maaf sebb masukkan gambar dalam keadaan mcm ni...minta maaf ya sayang..ayang xnak perempuan lain tengok abang yang hensem ni..( gurau ja la bang )...aku tetap cemburu sebab aku bini abang...hehehe...
ini pla gambar pasar baru tingkat 2...kebanyakkannya kedai kain...ambik gambar buat kenangan untuk abang dan anak2..abang ingat ayang selalu ya...ayg dah tutup aurat supaya abg xdibebani dosa2 ayg kelak...jam 3.30pm...tu la masa feri kami berlepas...masa balik ni kami tak 1 kereta...2orang anak ku ikut c cinta..aku pula dengan c baby ja...nak tau kenapa?..

ni la tujuan kami sebenar datang ke Labuan...kereta c cinta yang x la berapa besar tu dah lama kami tinggal kan kat Labuan...sebab belum bayar cukai la jawabnya...hehehe...maaf ya sayangku encik suami yang terkacak dalam hati dan jiwaku sbb pecah rahsia...hehehe...time ni yg putih tu duk kat menumbok nak tggu yg bsr dr lbn...akhirnya berjumpa juga...akhirnya berganding juga...lama terpisah..akhirnya kami dapat satukan juga tapi hanya sebulan..ok la...buat suami tersayang...hati2 bawa kereta tu ya...jaga anak2 baik2...buat diri ku..aku juga kena drive hati2 demi suami dan anak2...mudah2an kami semua selamat sampai....

alhamdulillah...sampai juga...biarpun bnyk rintangan dlm prjlnan kami...alhamdulillah...sblm smpi rumah kami singgah jap beli mknan...masa ni kira2 jam 9lbh kot...yeeee...dia berganding lagi masa rehat...abgggg...ingt lg x tmpt ni?..jangan lupa2 ya...hehehe..

yg ni baru btl2 selamat sampai rumah....pertama kali dalam sejarah 2benda ni bergandingan di tmpt baru...siapa yang paling gembira???sdh tentu cintaku yang paling gembira..."abanggggg....sdh la tu...esok2 ja la ambik gambar lagi....nak tido dah...penat sangat...besok dah nak kerja dah..."

ok la...sekian cerita ku untuk tatapan mereka2 yang aku sayang...aku sayang mereka...



http://rostinimajin.blogspot.com

Sabtu, 27 Disember 2014

MEWARNA KFC

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

hari ini, pagi ini..kami sekeluarga ada temujanji di centre point, sabah....Temujanji apa yaaaa???
ooooo....ada peraduan mewarna anjuran KFC untuk kanak2 yang berumur 5 tahun hingga 12 tahun...waaa..seronoknyaaa...sdh lama tidak melibatkan anak2 dlm aktiviti sebegini sejak berpindah dr Pulau Labuan....kenangan mereka adalah kenangan hidupku...


  


ini pula aktiviti perseorangan...hehehe..main golf...alhamdulillah....mereke gembira aku la yg sangat gembira....

  


rezeki hari ini..biarpun kecil namun aku percaya rezeki itu Allah yang bagi....alhamdulillah...c Danish dapat cabutan bertuah....



ok la...sebelum balik...jom la ayah kepada anak2 ku...ambil gambar dulu...buat kenangan akhir tahun
ini...





ok la sayang....buat anak2 ku dan suami tersayang...harap sesangat kita dapat berjumpa lagi di tahun depan dengan harapan dan misi keluarga yang kita perjuangkan untuk dunia dan akhirat dan pastinya syurga Allah kelak..

http://rostinimajin.blogspot.com

Isnin, 20 Januari 2014

Lagu penaik semangat..!!!!!!!!!!!




Zalzil Amna Isroil (Gegarlah Keamanan Israel) - Malay Subtitles by FETYA



http://rostinimajin.blogspot.com
35 Petua Belajar Cemerlang dari Dato' Dr Fadzilah Kamsah
MONDAY, 08 NOVEMBER 2010 17:26
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
     ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan, beriadah dan sebagainya....
copy paste utk anak...

http://rostinimajin.blogspot.com

Isnin, 16 Disember 2013


FISTULA IN ANO ATAU ANAL FISTULA

Anda pernah dengar istilah saintifik FISTULA IN ANO? Mungkin ada yg pernah dengar dan mungkin tidak ada atau tidak tahu langsung mengenai penyakit ini. Sesetengah individu ada yang tahu tapi dengan cara mendiskripsinya.

DEFINISI:
FISTULA  ialah bukaan kecil yg tidak normal terletak berhampiran dgn anus di mana ketidakselesaan sering timbul pd seseorang yg menghidap penyakit ini. Ini disebabkan timbulnya saluran kecil seperti terowong antara salur anus dan kulit luar.

PUNCA / SEBAB:
Sebab atau punca utama yg boleh menyebabkan terjadinya luka pada kawasan luar anus ialah menggaru, mencukur, terkena jangkitan 'rambut' atau sembelit.

SIMPTOM:
Simptom awal yg timbul dari penyakit ini ialah kulit luar yg berhampiran dgn anus akan membentuk bengkak kecil kemudian ia akan pecah dan akan mengeluarkan nanah, Pesakit yg menghidap penyakit ini akan mengalami kepedihan dan berdenyut pada tempat tersebut selepas membuang air besar.

Lebih teruk lagi, pesakit akan merasa kegatalan yg teruk dan kadang-kadang akan mengeluarkan darah. Ia tidak seperti penyakit buasir. Pesakit FISTULA boleh lagi duduk dan berjalan seperti biasa. Cuma pedih dan gatal yg teramat akan dirasai selepas membuang air besar kerana kebiasaannya FISTULA akan membengkak dan surut selepas nanah keluar.



DIAGNOSIS DAN PEMERIKSAAN:
A) Pemeriksaan Proctoscopic

Doktor akan membuat pemeriksaan lanjut jika bengkak sudah pecah atau membuat pemeriksaan Proctoscopic iaitu sejenis alat seperti tiub yg dilengkapi dgn cahaya utk memeriksa rektum. Ini biasanya akan dilakukan oleh doktor pakar.

B) Pemeriksaan Radiologi

Pemeriksaan ini akan dilakukan jika FISTULA sukar dikenalpasti tempatnya atau jika FISTULA berulang dan banyak tempat terjadinya FISTULA.

JENIS RAWATAN:

1) Belah Dan Picit

Pesakit dinasihatkan untuk membelah dan memicit bengkak yg timbul pd permukaan kulit berhampiran anus jika bengkak tersebut belum lagi pecah dengan sendirinya mengeluarkan nanah. Awas! jangan lakukan sendirian, sila jumpa doktor.

2) Fistulotomy/ Fistuloctomy

Doktor akan melakukan pemotongan terbuka utk tahap rendah FISTULA. Ia memakan masa yg lama utk sembuh tetapi peratusan utk tdk berulang lagi amat tinggi.

3) Seton

Jika kedudukan FISTULA berada di atas salur anus, doktor akan membuat jahitan sahaja atau sekali dengan Fistulotomy. Ini disebabkan kedudukan yg agak dalam dari anus. Rawatan ini biasa akan dilakukan pada pesakit yg mempunyai FISTULA yg kompleks dan kronik.

PENYAKIT INI JANGAN DI PANDANG REMEH KERANA IA MUNGKIN BOLEH MENYEBABKAN TIMBULNYA PENYAKIT LAIN JIKA TIDAK DITITIKBERATKAN. JADI, JAGALAH KESIHATAN ANDA SEBAIK MUNGKIN!!!....


Kredit Embun Melati

http://rostinimajin.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...