Teks dan gambar Kusyi Hirdan
BUKAN semua teruja mahu menyaksikan gerhana bulan atau matahari. Mungkin kerana astronomi sering dikaitkan dengan sains dan tidak ramai yang meminati sains. Sebenarnya ilmu astronomi memberikan kita lebih kefahaman mengenai alam cakerawala selain mendekatkan kita kepada pencipta alam semesta, Allah s.w.t.
Sempena gerhana bulan penuh pada 16 Jun lalu, Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara dengan kerjasama Masjid Negara menjemput orang ramai bersama-sama menyertai program cerapan di pekarangan luar Masjid Negara. Penganjur menyediakan 10 teleskop bagi tujuan pencerapan di samping orang awam boleh membawa teleskop sendiri.
Gerhana ini berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama, bulan melintasi bayang bumi. Ia adalah gerhana bulan penuh terpanjang sejak kali terakhir ia berlaku pada 2000.
Setibanya penulis dan jurugambar sekitar jam 1 pagi, kami agak terkejut dengan deretan kereta di pinggir jalan dan kami perlu meletak kereta agak jauh. Ramai yang sudah datang. Sebaik tiba di pekarangan yang dikhaskan, ada hampir 1,000 orang daripada pelbagai usia masyarakat turut hadir, daripada kanak-kanak sehinggalah warga emas, lelaki dan perempuan.
Program tidak hanya mensasarkan aktiviti cerapan, tetapi juga solat sunat gerhana bulan (solat sunat Khusuf) diikuti khutbah yang disampaikan imam Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd Hosni bertajuk Pengukuhan Iman Melalui Peristiwa Gerhana Bulan.
Di dalam khutbahnya, Ustaz Ehsan mengingatkan umat Islam supaya percaya dan penuh yakin bahawa Allah s.w.t adalah pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya.
“Kita dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ketika berlaku gerhana supaya bersegera melakukan perkara kebajikan seperti berdoa, berzikir, bersolat, bertakbir, bersedekah dan menghindari melakukan perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya.
Ummul mukminin Saidatina Aishah berkata dalam riwayat al-Nasai yang mafhumnya: “Dan sesungguhnya sudah jelas cahaya matahari, maka Rasulullah s.a.w berkhutbah di hadapan orang ramai sambil memuji Allah s.w.t dan sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila kamu melihat terjadi gerhana matahari atau bulan, maka hendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhana dan bersedekah serta memperbanyak mengingati Allah.”
Sabda Nabi s.a.w: “Wahai umat Muhammad, jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu sedikit ketawa dan banyak menangis.”
Majlis bermula dengan pendaftaran pada jam 1 pagi dan berakhir jam 7 pagi.
Pengarah Bahagian Pendidikan dan Sains Angkasa, Azreena Ahmad, berkata jumlah yang datang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh tahun ini sangat memberangsangkan.
“Tahun lalu, acara cerapan gerhana bersamaan dengan sambutan tahun baru jadi waktu itu kami berharap khalayak yang menyambut tahun baru di Dataran Merdeka akan datang ke Masjid Negara.
“Kali ini sungguh menggembirakan kerana ramai yang turut serta walaupun tiada acara sampingan lain. Maklumlah kalau aktiviti jam 1 pagi seperti ini biasanya susah orang nak datang. Tetapi tahun ini kami terkejut dengan sambutan yang begitu menggalakkan,” katanya.
Menurut Azreena, penghayatan astronomi memang kebanyakannya berlaku pada waktu malam hingga ke pagi jadi bagi anak-anak yang berminat, kerjasama ibu bapa amat diperlukan. Ia sebenarnya elok dijadikan perkongsian waktu bagi sekeluarga. Ibu bapa datang membawa anak-anak bersama-sama.
“Kali ini ada beberapa pelajar sekolah yang turut serta untuk menyaksikan gerhana bulan bersama-sama kami. Mereka berehat di kawasan masjid dan membawa bersama beg dan baju sekolah.
“Mereka, pelajar tahun enam yang ditemani guru akan terus ke sekolah keesokan hari dan datang dihantar ibu bapa ke sini,” katanya.
Bagi pelajar sekolah, kata Azreena, tahap pengetahuan mereka mengenai astronomi agak tinggi kerana ia diajar di sekolah. Tetapi kemudian mereka jadi lupa kerana mungkin tiada minat.
“Diharapkan apabila mereka turut serta pada acara sebegini dan melihat gerhana dengan mata sendiri mungkin kenangan dan pengajaran yang didapati membuatkan mereka tidak mudah lupa. Di dalam kelas mereka hanya melihat gambar rajah saja. Fenomena ini akan mengingatkan semula pada apa yang kita pelajari,” katanya.
Kerana lupa dan tidak minat, kejadian gerhana sering disalah erti.
“Kami daripada bahagian pendidikan sains angkasa sedang menjalankan kajian mengenai masalah salah faham masyarakat terhadap pengetahuan astronomi. Kami sedang membuat kajian bersama-sama planetarium di negara lain di mana kami bertanya mengenai salah faham mereka dan kami buat perbandingan serta memikirkan cara terbaik untuk mengatasinya,” katanya.
Menurutnya, bidang astronomi, makmalnya bukan di dalam bangunan atau bilik tetapi di luar.
“Alam ialah makmal bidang astronomi. Saintis yang paling sabar ialah pengkaji bintang sebab ia bergantung kepada keadaan cuaca. Apabila hendak membuat sebarang perkara, bukan senang-senang mereka hendak meletak tarikh siap kerana cuaca memainkan peranan paling penting.
“Seperti malam ini walaupun cuaca berawan kita berharap dapat melihat juga perubahan bulan dari cerah ke gelap dan cerah kembali. Alhamdulillah, kami gembira melihat ada peningkatan masyarakat di bidang astronomi sekarang. Cuma kita harap mereka yang datang janganlah kecewa apabila tidak dapat melihat apa yang diharapkan kerana seperti yang saya kata tadi, cuaca memainkan peranan penting,” katanya.
Kali ini tambah Azreena, pertama kali pihaknya bekerjasama dengan unit falak jabatan mufti seluruh Malaysia.
“Ini membolehkan kami semua berkongsi imej yang dapat dilihat di setiap negeri. Kalau tak dapat di Kuala Lumpur, kami boleh tunjukkan imej dari tempat lain yang lebih jelas.
“Kami dapat tahu seluruh Semenanjung pun mengalami cuaca yang tidak jelas seperti di Kuala Lumpur kecuali dari Sabah yang sedikit jelas. Untuk gerhana ini dan Disember nanti, kami buka Facebook khas - Facebook Malaysia Lunar Eclipse bagi perkongsian bersama,” katanya.

http://rostinimajin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan